Marikh Kaya Air
IMEJ terbaru daripada kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menguatkan lagi bukti bahawa Marikh satu ketika dulu merupakan planet kaya air, yang memungkinkannya menyokong hidupan. Foto itu mendedahkan rantauan terperinci yang dipercayai mengandungi mineral berasaskan air dan formasi geologi yang terbentuk sejak berbilion tahun lalu. Imej mengagumkan yang dirakamkan oleh Agensi Angkasa Eropah, Mars Express menerusi kamera stereo beresolusi tinggi itu menunjukkan tebing, lembah dan dataran tinggi yang dinamakan kawasan Echus Chasma. Ia dipercayai merupakan salah satu daripada sumber air terbesar Marikh satu ketika dulu. Echus Chasma yang menyerupai dasar sungai yang kering mempunyai panjang sehingga 100 kilometer (km) dan 10 km lebar. Ia merentasi dataran tinggi Lunae Planum di utara Valles Marineris, yang juga dikenali sebagai Grand Canyon Marikh. Imej tersebut juga menunjukkan kewujudan cawangan-cawangan lembah pada Echus Chasma yang secara kasarnya sepanjang 10 km dengan...