Posts

Showing posts with the label Muhasabah

Azam tahun baru

Pada saat post ini diterbitkan, aku yakin sudah masuk bulan Februari. Tapi, aku ingin sebutkan pasal ini. Aku harap apabila aku baca kembali pada waktu ini, aku boleh ingatkan diri in kembali adakah azam tahun baruku masih terlaksana? Persoalannya adalah, adakah ia masih terlaksana, bukan adakah ia telah tercapai... Aku sedar, bahawa suatu azam tidak sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. Tapi ia perlu dianggap sebagai proses. Hal ini kerana suatu matlamat apabila ia tercapai, manusia akan menjadi statik dan susah untuk berkembang. Namun, ia sukar berlaku pada proses kerana proses itu sendiri adalah keadaan yang berterusan dan tidak ada penghujung. Apabila manusia sudah tiba di penghujung, mereka lebih mudah rasa selesa. Walaupun begitu, setakat ini saja aku sanggup kongsikan dapatan aku dalam sebuah khutbah Jumaat. Aku sedar aku sendiri pun tidak suka letak diri ini dalam keadaan stress.  Aku rasa stres dan matlamat saling berkaitan. Dengan memilih untuk me...

Susahnya nak baca tulisan rumi!

Image
Penulisan bahasa Melayu moden dan bahasa Inggeris berkongsi aksara yang sama, iaitu penggunaan tulisan rumi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa membuatkan penggunaannya dalam komunikasi sangat berpengaruh dan meluas. Namun, kita lupa bahawa dahulukala penggunaan bahasa Melayu ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan jawi amat unik kerana ia seolah-olah bertindak sebagai  extension daripada huruf asal dalam bahasa Arab sehinggakan Tanah Melayu pernah berjaya menjadi suatu pusat perdagangan dan pertukaran ilmu yang mahsyur dengan perantara lingua franca  dalam kalangan masyarakat. Apa yang aku ingin rungutkan kali ini adalah masalah yang kuhadapi terhadap penggunaan huruf rumi untuk menulis perkataan arab dalam teks khutbah. Khutbah di bumi Daun Merah ini perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris dan aku telah mencalonkan diriku aku sebagai khatib sukarelawan di menara gadingku. Atas sebab kesuntukan masa untuk menyediakan teks sendiri, aku meminta pihak "peng...

Kek Keju Bluberi kegemaranku

Image
Tidak aku sangka pos pertama bergambarku akan berkaitan dengan makanan. Gambar yang ditunjukkan merupakan sebuah pai, bukannya kek kerana aku dapati lebih mudah bagi aku membakar tapak pai yang sedia ada dengan sedikit masa yang aku ada. Ya, pai ini adalah hasil bekas tangan aku sendiri! Aku juga minat memasak, tetapi lebih kepada membuat  bakery  berbandingkan lauk-pauk yang berat seperti juadah makan malam. Aku sediakan pai ini sehari sebelum hari jadiku kerana aku ingin nikmatinya keesokan hari, jadi aku pulang rumah lewat sedikit untuk membeli bahan masakan bagi membuatnya. Di pasar yang aku kunjungi, aku dapati mereka turut menjual kek keju bluberi. Tapi apabila aku bandingkan dengan kek keju ceri bagi produk yang sama, aku dapati kek keju bluberi tidak mempunyai logo kosher walhal kek keju ceri tersebut memilikinya. Setelah aku menelaah bahan-bahannya, aku temui satu kandungan yang diragui bersumberkan binatang pada kek keju bluberi...

Tangisan seorang Permaisuri...

Air mata adalah senjata emosi yang agak menggerunkan. Ada kalanya air mata berlinangan tanda rasa gembira kerana hati tersentuh. Ada kalanya juga air mata bergenang di bucu kelopak mata akibat ketakutan. Namun kerap kali air mata dikeluarkan apabila hati berasa sedih. Berasa sedih atas sebab kecewa dengan diri ini, kecewa atas pengharapan yang dimusnahkan. Aku tahu kesalahan yang aku lakukan itu amat besar. Aku cuba lawannya namun aku kalah. Detik keinginan menguasai diriku, lantas mengaburkan sempadan rasional yang telah lama aku pertahankan. Walaupun ia berlaku sekelip mata, mengingatkannya kembali membuatkan aku berasa malu dengan diriku ini yang berkali-kali berjanji agar tidak mengulanginya kembali. Mungkin kerana trauma yang menghantui membuatkan aku ingin orang lain turut merasainya. Aku bertukar daripada mangsa menjadi pemangsa. Apabila disebutkan perkataan "Maksiat", umumnya masyarakat Melayu hanya akan melihat kesalahan yang cenderung kepada budaya kuning. ...

Kenapa tiba-tiba muncul kembali?

Satu soalan yang aku juga ingin tahu jawapannya. Kalau diperhatikan, sudah hampir lima tahun aku tidak jengah blog ini. Kawan yang aku hormati pernah sarankan aku ceritakan perihal bumi daun merah di sini. Ibu aku pernah bertanya sama ada aku boleh hubungkan kembali blog ini walaupun berbeza alamat e-mel. Aku baru tahu caranya. Tidak, aku baru ambil tahu bagaimana caranya. Aku sengaja gunakan penulis lain untuk mengisi blog ini sebagai tanda peralihan gaya penulisanku ini daripada yang sebelumnya. Seolah-olah aku ini orang yang baharu, tapi masih orang yang sama. Pernah terfikir bagaimana begitu mudah seseorang itu berubah-ubah hatinya? Begitu mudah berbolak-balik kalbunya? Adakah seseorang yang kehilangan ingatan sewajarnya menjejak kembali siapa diri lampaunya dan berlakon kembali untuk melegakan orang yang sekitarnya? Apa yang menjadikan diri seseorang ini, adalah individu tersebut seadanya? Jasad atau perwatakan? Ataupun benda lain? Sesuatu yang hanya unik b...

Penggal baru, azam yang lama

Menulis memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan itu sahaja, perlu ada pemikiran yang terbuka dan niat yang telus. Peribahasa Arab ada menyatakan bahawa lidah lebih tajam daripada mata pedang, jadi tulisan mungkin berupaya memiliki kesan yang sama jika disalurkan dengan cara yang betul.  Dengan beranggapan bahawa tiada siapa akan membaca ini, aku ingin jadikan blog ini sebagai tempat untuk lontarkan pendapat dan emosi aku. Aku akan cuba menggunakan bahasa yang betul dan elakkan penggunaan sinkop supaya selesa dibaca.  Kandungan blog ini mungkin lebih kepada jurnal, supaya para pembaca lebih cenderung untuk menghakimi diri aku ini. Mereka yang mengenaliku barangkali tertanya-tanya mana satukah diri aku yang sebenar. Tapi manusia memang suka menghakimi dan mengecap "diri yang sebenar" seseorang itu mengikut kesesuaian mereka.  Mencari seseorang yang mampu menerima kita dengan seadanya memang sukar. Begitu juga memenuhi kepuasan semua orang. Kebenaran ba...