Perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pahang tahun 2013
Ikhwan, Makita (kuda), Ashraf, dan Cikgu Shakir Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Pertama sekali saya ingin memohon maaf terhadap pembaca yang kerap kali mengunjungi blog saya ini namun mendapat tiada post terbaru di laman yang tak seberapa aktif ini. Entah kenapa saya perlu memohon maaf juga walaupun saya yakin blog ini mana ada pengunjung pun sebenarnya haha~ Baiklah, untuk sekian lamanya saya kembali kerana sudah ada semangat kembali walaupun peperiksaan akhir tahun sudah hampir menjelang! Kali ini biarlah saya diberi kesempatan untuk sedikit sebanyak berkongsi mengenai pengalaman saya menyertai perarakan Pesta Kemerdekaan. Empat hari sebelum tarikh yang dijanjikan; Seramai 10 orang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang dipilih oleh Ustaz Amin atas saranan Cikgu Shakir. Pelajar tersebut ialah saya, Azhan, Adam, Hafiz, Ashraf, Shazly, Ikhwan, Hakimi, Danial, dan Izzudin. Selama tiga hari kami buat rehearsel dan hari ketiga tu (Khamis) Menter...