Perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pahang tahun 2013
Ikhwan, Makita (kuda), Ashraf, dan Cikgu Shakir |
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Pertama sekali saya ingin memohon maaf terhadap pembaca yang kerap kali mengunjungi blog saya ini namun mendapat tiada post terbaru di laman yang tak seberapa aktif ini. Entah kenapa saya perlu memohon maaf juga walaupun saya yakin blog ini mana ada pengunjung pun sebenarnya haha~ Baiklah, untuk sekian lamanya saya kembali kerana sudah ada semangat kembali walaupun peperiksaan akhir tahun sudah hampir menjelang!
Hafiz, Ozil (kuda) dan Hakimi |
Malam Sabtu sebelum perarakan tu sebenarnya ada jamuan raya peringkat Maahad Tahfiz tapi sayangnya saya rasa begitu malas sekali nak bawa keluar kamera sekali untuk tangkap-tangkap gambar event sekeliling malam tu. Tapi, terdetik juga perasaan kesal jauh di lubuk sanubariku tapi apakan daya menangis ke atas susu yang tumpah~
Teruskan cerita! Hmm... kat mana tadi ya? Hari perarakan! Oh ya, semasa latihan hari kedua saya sempat merasa s*ogurt atas rekomen Maharani dan hey, boleh tahan sedapnya walaupun saya purchasenya haritu pada harga RM11...
Barisan penunggang ekuin |
Ada BELAMBAK lagi kontinjen lain yang turut serta dan tiba-tiba pada 31 Ogos hari tu budak-budak MTNP tingkatan 2,4, dan diploma turut serta dalam segmen 'ketahanan dalaman' wo....(tiba-tiba tak formal pula kat sini). Sebenarnya ada banyak gambar yang kamera saya dapat ambil tapi sedihnya kebanyakannya tidak lawa, gambar kabur, fokus lari, komposisi hancur... Dan semua tu salah saya sebab bawa lensa yang salah~ Untuk pengetahuan pembaca, penulis mempunyai sebuah Digital Single Lens Reflex atau nama sedara dia DSLR.
Saya pula pada hari itu mengjangkakan bahawa selain rider, orang lain tidak boleh ikut berarak sekali. Jadi saya telah menukar lensa DSLR saya kepada lensa super zum. Apabila orang yang saya tugaskan untuk mengambil gambar mula mengacu lensa kepada kami dengan jarak yang dekat... Kenapa dia nak kena ambil gambar zum pada jarak yang dekat? Haa... di sinilah yang slacknya, mereka rupa-rupanya boleh ikut berarak di belakang kami rupanya! Nak disambungkan ceritanya di sini, (untuk mereka yang berminat) medan fokus DSLR yang mounted dengan super zoom lens ni jaaaauuuuhhhh~ Medan fokus tu adalah ruang yang gambar diambil jelas dan diluar medan tersebut kabur. Ini adalah asa untuk mendapat bokeh gambar yang cantik gila! Analoginya, apa akan jadi apabila anda menangkap gambar sekaki gunung(Subhana-Allah!) dan jari anda tertutup sedikit lensa kamera anda? Hasilnya jari anda mesti kabur! Begitulah sedihnya saya dalam pengalaman dalam berlatih kamera untuk mana-mana event realiti. Semoga saya boleh jadi rider dan photographer yang hebat kelak! Habis sahaja berarak, kami meet up budak-budak MTNP yang lain. Sementara menunggu waktu pulang, saya dikejutkan dengan satu berita yang mereka ni dapat RM50 daripada JAIP dan sepasang sandle! Not fair man, seriously! Lepas tu... Saya ada jamuan rumah terbuka dekat rumah Sir Azlan (jurulatih TKD)!
Bersambung...?
wow , ayat~ bersambung ? tak nak sambung ke ?
ReplyDelete