Jangan malu bertanya, jika tidak ingin menyesal kelak
Aku ingat lagi, sehari sebelum kejadian aku baru dapat tahu barang yang kita tempah melalui pembelian atas talian perlu di- track sendiri melalui nombor yang dibekalkan. Setelah aku dapati sarung tangan putih yang aku beli telah tiba di pejabat pos, aku merancang untuk mengambilnya keesokan hari setelah tamat sesi pertama kelasku. Itu sahaja masa yang aku ada memandangkan kelas seterusnya berlangsung pada petang tersebut pula. Jadi keesokannya aku bertolak menaiki bas dari Universiti, namun aku tinggalkan basikalku di sini kerana aku akan kembali. Tapi, aku bawa sekali bersamaku beg galas yang berisi buku-buku dan beg yang berisi dengan helmet basikal dan sarung tangan kerana aku tiada tempat untuk menyimpannya buat sementara. Di dalam bas, aku teruja kerana aku bakal menjadi satu-satunya penumpang bas pada pagi tersebut. Namun, sebelum bertolak ada lagi dua penumpang sempat naik dan salah seorang daripadanya kawan Mesirku di sini. Kami berbual sepanjang perjalanan dan ...