Posts

Grimgar, Abu serta Khayalan

Image
Baiklah, kali ini merupakan post reviu anime pertama daripada aku. Aku mungkin akan lakukan lebih banyak reviu mengenai anime sebagai penghargaan aku terhadap minat menonton kartun animasi daripada Jepun ini. Aku ingin kongsikan pengajaran yang aku dapat daripada menonton anime kerana karya daripada Jepun ini bukan untuk tontonan kanak-kanak sahaja, tapi sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Malah, untuk orang dewasa sahaja pun ada. Oleh itu, setiap kali sebelum aku saksikan suatu siri anime itu, aku akan lakukan sedikit kajian supaya apa yang aku saksikan berbaloi dengan masa yang aku luangkan. Hai to Gensou no Grimgar  merupakan sebuah siri bergenre yang agak popular belakangan ini dalam industri anime; iaitu genre Dunia Lain. Protagonis adalah insan yang datang dari dunia lain lalu memulakan hidup baharu dengan pengembaraan yang luar biasa. Namun, apa yang membuatkan aku tertarik dengan anime ini, adalah watak utama tidak dikurniakan dengan kekuatan yang melampau ( OP )

Jangan malu bertanya, jika tidak ingin menyesal kelak

Image
Aku ingat lagi, sehari sebelum kejadian aku baru dapat tahu barang yang kita tempah melalui pembelian atas talian perlu di- track sendiri melalui nombor yang dibekalkan. Setelah aku dapati sarung tangan putih yang aku beli telah tiba di pejabat pos, aku merancang untuk mengambilnya keesokan hari setelah tamat sesi pertama kelasku. Itu sahaja masa yang aku ada memandangkan kelas seterusnya berlangsung pada petang tersebut pula. Jadi keesokannya aku bertolak menaiki bas dari Universiti, namun aku tinggalkan basikalku di sini kerana aku akan kembali.  Tapi, aku bawa sekali bersamaku beg galas yang berisi buku-buku dan beg yang berisi dengan helmet basikal dan sarung tangan kerana aku tiada tempat untuk menyimpannya buat sementara. Di dalam bas, aku teruja kerana aku bakal menjadi satu-satunya penumpang bas pada pagi tersebut. Namun, sebelum bertolak ada lagi dua penumpang sempat naik dan salah seorang daripadanya kawan Mesirku di sini. Kami berbual sepanjang perjalanan dan dia

Azam tahun baru

Pada saat post ini diterbitkan, aku yakin sudah masuk bulan Februari. Tapi, aku ingin sebutkan pasal ini. Aku harap apabila aku baca kembali pada waktu ini, aku boleh ingatkan diri in kembali adakah azam tahun baruku masih terlaksana? Persoalannya adalah, adakah ia masih terlaksana, bukan adakah ia telah tercapai... Aku sedar, bahawa suatu azam tidak sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. Tapi ia perlu dianggap sebagai proses. Hal ini kerana suatu matlamat apabila ia tercapai, manusia akan menjadi statik dan susah untuk berkembang. Namun, ia sukar berlaku pada proses kerana proses itu sendiri adalah keadaan yang berterusan dan tidak ada penghujung. Apabila manusia sudah tiba di penghujung, mereka lebih mudah rasa selesa. Walaupun begitu, setakat ini saja aku sanggup kongsikan dapatan aku dalam sebuah khutbah Jumaat. Aku sedar aku sendiri pun tidak suka letak diri ini dalam keadaan stress.  Aku rasa stres dan matlamat saling berkaitan. Dengan memilih untuk menjadikan azam sebag

Tak pandai baca hint!?

Menjadi kebiasaan hari minggu, aku akan mengajar anak seorang kawanku mengaji Iqra. Pada minggu itu, hari jadi aku baru lepas dan teman serumah aku bertanya sama ada kawanku tersebut akan menghantar anaknya ke mari atau tidak untuk mengaji. Aku memberitahunya pada minggu tersebut aku agak sibuk untuk menyiapkan tugasan kolej. Dia balas dengan memujiku kerana telah memaklumkan dengan lebih awal untuk membatalkannya. Aku kehairanan. Bagiku, kata-katanya tidak boleh diambil serius. Ada saja peluang untuk menafikan kalimahnya membuatkan aku sukar memahaminya. Dua hari kemudian, teman serumahku berkata padaku yang aku tidak pandai baca hint bahawa kawanku tersebut ingin menyambut hari jadiku pada tempoh hari. Aku menjadi lebih bingung, perasaanku bercampur-baur dihargai serta kecewa. Tambahan pula, aku rasa seperti diperbodohkan apabila dianggap sebagai orang lurus bendul. Aku gembira kerana dihargai, tapi tak payahlah salahkan aku.  Jadi akan datang, sesiapa yang ingin berurusan d

Susahnya nak baca tulisan rumi!

Image
Penulisan bahasa Melayu moden dan bahasa Inggeris berkongsi aksara yang sama, iaitu penggunaan tulisan rumi. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa membuatkan penggunaannya dalam komunikasi sangat berpengaruh dan meluas. Namun, kita lupa bahawa dahulukala penggunaan bahasa Melayu ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan jawi amat unik kerana ia seolah-olah bertindak sebagai  extension daripada huruf asal dalam bahasa Arab sehinggakan Tanah Melayu pernah berjaya menjadi suatu pusat perdagangan dan pertukaran ilmu yang mahsyur dengan perantara lingua franca  dalam kalangan masyarakat. Apa yang aku ingin rungutkan kali ini adalah masalah yang kuhadapi terhadap penggunaan huruf rumi untuk menulis perkataan arab dalam teks khutbah. Khutbah di bumi Daun Merah ini perlu disampaikan dalam bahasa Inggeris dan aku telah mencalonkan diriku aku sebagai khatib sukarelawan di menara gadingku. Atas sebab kesuntukan masa untuk menyediakan teks sendiri, aku meminta pihak "penganjur" un

Terhalang daripada menderma...

Kadang-kadang ada kebaikan aku rancang untuk lakukan disusuli dengan beberapa perancangan bagaimana aku akan hebahkan pada orang lain. Ada juga kebaikan yang dilakukan adalah serta-merta secara spontan. Sekali-sekala aku akan memerhati persekitaran apabila hendak melakukan kebaikan kerana risau dihakimi orang, membuatkan aku jalankannya sama ada secara tersembunyi atau sepantas mungkin.  Alkisahnya, aku diajak oleh sahabatku untuk melakukan pendermaan darah. Dia ada nyatakan bahawa keputusan kekutuban suatu jenis darah akan turut diberikan setelah kita menderma darah. Aku sudah lama ingin mengetahui sama ada darahku jenis O+ ataupun O-. Namun, menyedari betapa sedikitnya pemilik darah O- di sekitar Asia membuatkan aku rasa aku ni O+. Aku pernah menderma di tanah airku dahulu jadi aku ingin ambil kesempatan untuk lakukan di sini pula. Aku tertarik dengan inisiatif pertubuhan pengutip darah di sini di mana mereka wujudkan bank darah dengan lebih giat disertai pendaftaran ahli. S

Kek Keju Bluberi kegemaranku

Image
Tidak aku sangka pos pertama bergambarku akan berkaitan dengan makanan. Gambar yang ditunjukkan merupakan sebuah pai, bukannya kek kerana aku dapati lebih mudah bagi aku membakar tapak pai yang sedia ada dengan sedikit masa yang aku ada. Ya, pai ini adalah hasil bekas tangan aku sendiri! Aku juga minat memasak, tetapi lebih kepada membuat  bakery  berbandingkan lauk-pauk yang berat seperti juadah makan malam. Aku sediakan pai ini sehari sebelum hari jadiku kerana aku ingin nikmatinya keesokan hari, jadi aku pulang rumah lewat sedikit untuk membeli bahan masakan bagi membuatnya. Di pasar yang aku kunjungi, aku dapati mereka turut menjual kek keju bluberi. Tapi apabila aku bandingkan dengan kek keju ceri bagi produk yang sama, aku dapati kek keju bluberi tidak mempunyai logo kosher walhal kek keju ceri tersebut memilikinya. Setelah aku menelaah bahan-bahannya, aku temui satu kandungan yang diragui bersumberkan binatang pada kek keju bluberi tadi. Jadi aku batalkan niat