Ceramah Maghrib

Pada sesuatu ketika, yakni, hari Sabtu bersamaan 29 Januari. Ustad Uweis al-Qarni bin Wahab datang memberi ceramah tentang FEKAH.

 Seseorang yang nak diberi kebaikan, dia akan diberi kefahaman tentang hukum-hakam syariat berkaitan dengan segala kehidupan
                                                                          -Ustad Uweis al-Qarni bin Wahab-

Apakah hukum mempelajari fekah? Beliau menyatakan bahawa hukum mempelajarinya ialah FARDHU AIN ke atas setiap mukallaf namun, bukan untuk kesemuanya tapi hanya yang menjejaskan amalan ibadah jika tak lakukannya... Bayangkan jika semua fekah wajib dipelajar, semua umat islam akan menjadi mufti kerana ahli pemberi fatwa ini pun masih mempelajari fekah.

Kebanyakan Matan, bab 1 dimulai dengan bab suci. Tharah bererti Bersih juga Nazhofah. Tetapi, dari segi istilahnya pula ia mungkin bersih tapi tak suci untuk dibawa dalam ibadat. Sebagai contoh, kebanyakan pakaian yang dibasuh menggunakan mesin basuh kerana menurut syarak, cara menyucikan najis menggunakan air haruslah menggunakan air yang mengalir atau takungan sekurang-kurangnya melebihi 2 kolah.Akhir sekali, istilah hadas, sebenarnya saya ada ringkaskan sedikit ceramah beliau kerana ada yang berbahasa Arab. Hadas ialah sesuatu yang bukan zat tapi hanya iktibar dalam diri seorang manusia

Comments

Popular posts from this blog

Tak pandai baca hint!?

Grimgar, Abu serta Khayalan