Silap Naik Bas Daa... (Part 1)
Pada petang yg kelam-kabut, aku tiba di Terminal Makmur tepat jam 3 ptg. Aku belek-belek tiketku dan kudapati bas ke Klang bertolak pukul 430 ptg. Hah! ada 1 jam setengah shj lg. Setelah aku simpan beg, Aku melangkah perlahan-lahan ke ECM. Target aku waktu tu hanyalah majalah kamera. Aku masuk melalui pintu belakang. Sambil membaca Kreko (dengan menunduk), aku langkah perlahan-lahan maju kehadapan. Tiba-tiba aku rasa pelik, asal tak ada orang langsung dekat sini? Bila aku pandang depan, rupa-rupanya aku sedang menuku ke butik pakaian dalaman wanita. Nasib baik tak ada orang nampak (harap-haraplah), aku pun terus berlalu dari situ dengan muka yang penuh dengan kehangatan malu-malu. Puas mencari tak ada pun majalah kamera yg aku cari bagi edisi bulan ini. Dah pukul 330 ptg... aku pun pulang ke Terminal Makmur. Perjalanan 5 jam ke Klang pasti melaparkan, jadi aku dah beli beberapa makanan dan sebelum bertolak, aku melawat tandas dia dulu. Perkhidmatan 30 sen cukup memuaskan, tandasnya bersih dan dihiasi dengan baik sekali. Di Terminal, aku nampak sebuah bas Transnasional ke Klang. Awal lagi ni... aku pun masuk ke dalam bas itu tapi, tak ada orang yang tukang semak tiket.
Comments
Post a Comment