Hari Terakhir Di MASISUPA
Guru pembimbing bermesyuarat sambil bersarungkan baju panas |
Pagi Ahad hari itu sungguh dingin. Kalau para pembaca tengok kat gambar (sebelah kanan), memang nampak dengan jelas sekali kabus memandangkan sekolah ni memang kat kawasan bukit pun. Nama pun Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Pagi ini tinggal acara debat bahasa arab, melayu dan inggeris dan sedikit acara sukan yang tertangguh memandangkan petang semalam hujan lebat.
Pertandingan debat bahasa inggeris bermula agak lewat sikit sebab seorang hakim dari SMABI lewat tiba di arena pendebatan. Usul pada hari ini merupakan 'Rangkaian sosial membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan'. Saya memnag bersyukur gila bila kami dapat jadi pembangkang~
Ketua pembangkang kami memang suka pangkah orang |
Dah tak ada benda nak cakap ni... Mesti ada para pembaca tertanya-tanya apa maksud MASISUPA kan? MASISUPA tu membawa maksud Majlis sukan dan ilmiah sekolah agama negeri pahang. Buat masa ni, kita layan dulu gambar-gambar debat bahasa inggeris. Debat bahasa melayu tak ada gambar sebab kamera tak ada siapa pegang.
Timbalan perdana menteri memberi renspon yang positif |
Ha... Inilah penulis blog kita |
Per-interaksi-an yang berlaku antara pendebat dan penonton |
Antara tip yang suka kita nak kongsi disini ialah semasa menyampaikan hujah, hujah yang disampaikan mestilah jelas, satu persatu dan fokus hendaklah disampaikan kepada juri. Pemurah tak saya ni?
Pendebat harus peka dengan hujah yang disampaikan oleh pihak lawan |
Setelah habis sesi pembentangan. Kami rasa agak menyesal kerana menyampaikan teks penggulungan yang sangat pendek. Selepas mendengar teks penggulungan pihak kerajaan, kita orang rasa macam nak kalah. Mana taknya, penggulungan mereka sangat terperinci! Juri nak kira markah keseluruhan ambil masa 10 minit! Saya seperti biasa akan berdoa pada waktu ini dan memohon kepada Allah apa yang terbaik untuk kami. Selepas mengaminkan doa, saya terkejut setelah mendapati penonton di kalangan wanita semua turut serta mengaminkan doa yang saya baca tadi. Saya memang berasa sungguh gembira, hati ini melonjak naik apabila keputusan menyebelahi kepada kami. Anugerah pembahas terbaik dirangkul oleh Syahira Atiqah.
Saat yang paling mendebarkan... Pengumuman keputusan! |
Tengah hari itu, selepas saya selesai makan tengah hari. Semua peserta MASISUPA kena berkumpul di dewan A untuk acara penutup.
Barisan yang dihormati |
Sukacita untuk saya mengumumkan disini keputusan ilmiah, sukan dan keseluruhan bagi MASISUPA zon 1
tahun 2012. Untuk keseluruhan ilmiah, Maahad menduduki tempat kedua manakala SMATAF mendapat tempat pertama mendahului satu perak. Untuk keseluruhan sukan, Maahad menduduki tangga ketiga dengan hanya membawa pulang satu emas sahaja manakala SMAR mendapat tempat pertama. Keseluruhannya, SMA al-Attas mendapat tempat pertama, SMAR mendapat tempat kedua, MTNP mendapat tempat ketiga, SMATAF mendapat tempat keempat dan tuan rumah, SMABI mendapat tempat kelima
Saya mewakili pasukan debat inggeris mengambil hadiah |
Insya-Allah Maahad akan menyertai MASISUPA lagi pada tahun hadapan serta dibenarkan untuk mewakili ke pusat dan akan menjadi tuan tumah pada tahun 2014~ Sekian sahaja ulasan saya tentang MASISUPA pada tahun ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau ada apa-apa, terus memberi komen di bawah.
Inilah hadiahnya berupa sekeping plak |
Salam..
ReplyDeleteseronok ana membaca blog anta tentang Masisupa 2012! Rupa2 nya anta ini pelajar Maahad yer...Hehe... Ana pelajar Smataf.. Tahniah kepada sekolah anta kerana berjaya menduduki tempat ke-3 .. :)
Waalaikumussalam..
Deleteterima kasih dan semoga tahun depan kita boleh bersaing dgn lebih sihat!