Pada Khamis lepas, suatu majlis besar-besaran diadakan di SMABI yang dinamakan MASISUPA. Majlis ini diadakan selama 4 hari dan para peserta dari sekolah di zon 1 bermalam di sekolah ini. Walaubagaimanapun, gambar-gambar ini mula ditangkap pada hari kedua majlis ini berlangsung atas sebab-sebab yang dirahsiakan.
|
Sekolah Agama Bukit Ibam (tuan rumah) |
|
Sekolah ini luas gila... |
Maahad menghantar ramai peserta dan persediaan untuk pertandingan ini amat singkat. Tidak semua acara Maahad sertai dan kalau Maahad memenangi mana-mana acara, Maahad tidak dibenarkan mewakili Pahang ke peringkat yang lebih tinggi. Cantik tak sekolah ini?
|
Boleh pula ada jalan raya dalam sekolah ini |
|
Surau Al-Muttaqin |
Ada lima jenis kategori yang boleh disertai iaitu lelaki rendah (tingkatan 1-2) lelaki menengah (tingkatan1-5) perempuan rendah (tingkatan 1-2) perempuan menengah (tingkatan 1-5) dan terbuka menengah (lelaki dan perempuan tingkatan 1-5)
|
Jenama kamera yang digunakan (bukan promosi ya) |
Makanan dan minuman dia sedap (minuman dia suam dan tak PANAS) dan air mandian dia laju lagi menyegarkan
|
Pondok nilah biasanya tempat budak-budak ni makan |
|
Khemah tu tempat pelajar lelaki ambil makanan |
Antara acara sukan yang disertai ialah sukan bola sepak, futsal, ping-pong, badminton, dan bola jaring manakala acara ilmiah yang disertai ialah syarahan bahasa melayu, inggeris dan arab, debat bahasa melayu, inggeris, dan arab kuiz bahasa inggeris dan arab, khat, dan nasyid
|
Belakang tu tempat kita orang bertanding (dalam dewan) dan bola tampar dimainkan disini |
Ini baru permulaan cerita, saya akan sambung cerita malam ni...
Comments
Post a Comment