Salam sejahtera pembaca semua~
Kini saya akan cerita mengenai pertandingan kuda yang berlangsung pada kira-kira bulan lepas. Hanya 8 orang yang dihantar oleh pihak Mahaad untuk pertandingan yang diadakan di Johor ini. Pada petang itu semua orang bergegas bersiap sebab orang yang boleh pergi diumumkan lewat atas masalah teknikal
 |
Saya menangkap gambar pakai kamera Mahaad |
Haa... dekat sini saya untung sebab dah
packing awal-awal sebulan sebelum tu. Selepas sesi persekolahan, saya tukar baju (tak sempat mandi) dan terus hantar semua beg ke bas dihadapan lobi sekolah. Kita akan menaiki van Maahad yang hanya membawa pelajar yang ada
event hungga ke peringkat luar negeri.
 |
Baris penunggang yang macho |
Driver Maahad, Abang Jaswan atau lebih selesa dengan gerangan Abang Shark akan memandu kita ke Skudai. Penunggang yang sertai pertandingan ini ialah Ashraf Jasni, Adam Faliq, Aminuddin Rosnizan, Abdul Mukmin, Azhan Aminy, Imran Mat Shah dan saya.
 |
Rider yang keseorangan |
Tepat jam 6.30 petang kita bertolak betul-betul selepas makan petang di luar (saya tak makan atas sebab-sebab tertentu). Selepas Abang Shark dapat lokasi Ustad Shafarul, Abang Shark pergi ke stesen minyak dulu untuk isi semula tangki minyak. Disinilah takdir menemukan kita dengan Abang Nizam yang baru pulang daripada bermain badminton
 |
Petronas menjadi pilihan hati |
Disebabkan saya bosan, saya pun main DS yang saya bawa dari rumah.
 |
Abang Nizam melawat kita orang~ |
Disini Ustad Shafarul tunggu kita orang sebelum bertolak ke Johor. Dia akan memandu Abang Shark ke jalan yang lurus~ Sebelum itu lagi (aduh... bila nak bertolak ni) kita akan berhenti di sebuah
checkpoint
 |
Laa... Rumah Ustad kat sini rupanya |
Rumah Ustad Shafarul kat Sg. Soi Jaya rupanya... Habis, yang kat Pekan tu siapa punya?
Sebuah persoalan misteri bakal terungkai. setelah lama menunggu, kita berhenti kat Petronas seterusnya. Sebab kenapa? Waktu Maghrib dah menjelang. Kena Solat Jamak Takdim. Habis tu, perut berkeroncong pula, tandanya waktu makan malam dah lepas. Nak kena makan dulu ni!
 |
Dekat di perut... |
Kat sini saya
first time order nasi goreng nanas/nenas. Rasanya manis-manis masin, x cocok langsung. tak apalah, janJI sedap. Apa Lagi, lepas makan, tidurlah! Solat sudah... Bangun dari tidur, kita dah sampai kat Universiti pukul dua pagi... Mengantuk~ Dahlah asrama dia lima tingkat, kita orang nak daki tu tingkat teratas ni!
 |
Keadaan dalam bilik |
Seterusnya ini gambar-gambar bilik asrama di sana
 |
Beranda bilik |
 |
Katilku~ Saya share bilik dengan Hafiz |
 |
Loker bilik |
Habis letak barang, kita orang pun melabuhkan sauh bahtera malam di tepi teluk tidur. Sambung di bahagian kedua!
 |
Akhir sekali, meja studi |
Comments
Post a Comment