Harijadi Nadzmi dan gelombang botak di maahad~
Isnin, 26 Mac 2012
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali!
Oleh sebab saya tak dapat nak buka blog hari-hari, saya akan menggunakan alternatif
seperti menyatakan tarikh peristiwa post bagi memudahkan pembaca.
Harap ada maklum balas dari pembaca untuk
sama-sama saya memperbaik laman blog saya ini...
Jadi, selamat membaca!
Pagi ini perhimpunan tak dapat nak dijalankan seperti biasa atas sebab-sebab tertentu...
Tapi sebelum itu, marilah kita sama-sama ucapkan:
Selamat Hari Jadi ke-13!!!
untuk adik saya yang tersayang, semoga angah dipermudahkan dalam segala urusannya, amin~
Makin membesar adik saya ni... |
Balik kepada cerita asal, pagi itu, ustad Syukri membuat spot check.
Ada pelbagai aspek yang perlu ada pada pelajar antaranya:
- Rambut yang pendek dan kemas
- Tali kad matrik ada
- Kad matrik itu sendiri ada
- Tali pinggang hitam
- Stoking hitam
- Seluar slack hitam
tapi, kita orang terkejut yang petang tu, mereka yang kena tahan,
akan dipotong rambutnya!
Memang ramai gila yang kena tahan.
Nasib baik saya tak kena tahan walaupun ramai cakap rambut saya panjang...
Petang tu, setelah habis waktu persekolahan Ustad meminta mereka yang ditahan pagi tadi
kena pergi lobi Maahad untuk bertolak ke kedai gunting rambut sambil bawa duit RM5
(laa... kena bayar sendiri rupanya)
Bila mereka semua pulang...
Mereka pulang dengan gaya rambut dicukur!
Selepas itu, personaliti mereka ni bertukar 100%, haha~
Inilah sedikit yang berjaya gambarnya diseludup ke dalam laman ini, hihi~
Apa pandang-pandang? |
Aku tetap hensem tanpa jambulku. huhu~ |
Gatal pula apabila tak ada rambut ni, aiseh! |
Comments
Post a Comment