Hari kedua pula! (Selasa)

Pagi esoknya kita orang bukan bangun awal sangat, hehe... Tapi masih sempat solat Subuh. Nak mandi tu memang part yang menggerunkan. Bayangkanlah, sebuah bilik air yang tak ada cahaya pun yang dapat tembus, hanya diterangi dengan sebuah lampu kalimantang malap. Seram gila! Lepas tu, kita orang berkumpul di bawah menunggu Abang Shark

Waiting~

Inilan blok asrama kita orang, bilik kat atas sekali tu
 Lama juga saya tunggu, alang-alang tu saya main DS sambil menunggu Abang Shark. Hafiz pula ambil kamera saya dan mula menangkap gambar, jadi ada sebahagian gambar ini Hafiz yang tangkap.

Gotta catch 'em all!
 Sebenarnya, Abang Shark pun masih belum bersiap. maklumlah pandu kita orang 7 jam setengah nak sampai kat sini, siapa tak penat. Skudai dengan Kuantan jauh tu. Jadi, kita orang pun sebulat suara untuk berjalan kaki ke stable. Nasib baik kali ini stable dekat kalau nak berbandingkan dengan kat Pulau Pinang dan Selangor dulu. Kena naik bas baru boleh sampai!

On the way!
 Stable Pahang terletak kat agak hujung sekali. Pahang membawa 10 ekor kuda kecuali Chick. Semua stable dikumpulkan di dataran dia yang luas. Stable dia jenis stable bergerak, atau boleh cakap pakai buang sebab agak senang nak bina tapi tak adalah dia buang selepas pakai.

Antara Pahang punya stable
 Saya memang pantang kalau lambat makan sarapan. Itulah antara pantang-pantang hidup saya. Hidup kat stable bukan senang, jangan asyik fikir diri sendiri sahaja. Kita kena tolong orang lain siapkan kuda juga. Kalau nak bina hubungan dengan kuda, kena rajin buat stable.

Up Town Girl~
 Pagi itu, budak Maahad masih tak ada acara lagi. Acara pertama tiba-tiba diawalkan sehari pada waktu petang. Tak apalah, kita orang steady-steady sahaja. Oleh sebab saya terlalu lapar sambil merungut hingga menyebabkan Cik Liq naik menyampah, saya pergi beli makanan sendiri kat Makjah Cafe. Satu apam (agak besar saiz dia) dan sebiji cream puff dan sekotak jus oren segar. Harga dia murah! Tapi, saya dah lupa berapa... (Kalau tanya harga saya memang tak akan ingat, hihi~)

Ada makanan dia yang murah dan sedap 
 Habis kenyang perut diisi, baru budak-budak lain bertolak nak pergi makan... Tiba-tiba, ada yang patah balik, katanya Ustad Shafarul dalam perjalanan nak bawa keluar makan dan jalan-jalan (pukul berapa dah ni!??)
Kita orang share canopy dengan wakil Kelantan


Stable Pahang

Inilah blok kami
Skudai Parade!
 Ustad dengan Abang Jaswan bawa budak-budak Maahad ke sekitar bandar memandangkan hari itu sesiapapun tak ada acara lagi. Mula-mula kita pusing kat Skudai dulu, selepas itu baru pergi Johor Bahru!


Bangunan
 Sebaik sahaja kita orang turun dari van, Mukmin punya telefon dapat mesej dari Axiata. Axiata cakap selamat datang ke Singapura! Entah kenapa dia punya sahaja dapat mesej sedangkan ada ramai lagi pakai Celcom.

Singapura
 The Zon ini dekat dengan sebuah hotel dan ia merupakan kompleks beli-belah bebas cukai. Tapi, macam mana kerajaan nak ambil untung? Pulau Pinang lagi terkenal dengan sebuah tempat bebas cukai, betul tak para pembaca?

Destinasi perlancongan pertama

Sebuah mall bebas cukai


Inside The Zon
 Walaupun tempat ini bebas cukai, harga dia tetap mahal~ Saya cuma mampu beli sekeping coklat putih yang harga dia mencecah RM15! Coklat ini saya nak simpan sampai ke Maahad, hehe...




 Dekat sini, sebelum balik saya teman Hafiz makan
kat Marybrown. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat~ Memang lama gila nak tunggu hujan kurang lebat dia. Petir pun sabung-menyabung macam berlawan jawab pantun pula!





 Nasib baik sebelum tu dah Solat Zohor dan Asar. Petang itu, kita orang pulang dengan badan yang agak lencun dan nasib baik kamera saya dalam keadaan baik-baik sahaja. Masing-masing ada beli coklat namun sudah dihabiskan separuh jalan sebab sedap sangat. Lepas mandi, Semua Solat (jemaah) dalam bilik masing-masing dan keluar untuk makan dengan Abang Shark



Mukmin sedang plaitng rambut Kaya
Kita orang balik makan agak lewat. Yang sedihnya, kena belanja sendiri atas sebab-sebab teknikal. Memandangkan petang esoknya dah kena ride untuk prep 1. Malam ni kita orang semua tidur lewat semata-mata untuk plaiting kuda yang terlibat dengan acara esok petang. Nampak senang tapi payah, macam mana tu? Cik Liq dengan Ashraf buat untuk Khiliq, Amin dengan Mukmin buat untuk Kaya, dan saya dengan Azhan buat untuk Goldie manakala Imran dan Hafiz buat untuk UTG. Malam tu siap kira-kira pukul satu pagi (mula pukul 12). Ada yang tambah sawdust, tu yang lambat balik. Bila jalan kaki tu, memang kepala ingat nak tidur sahaja! Sedar-sedar dah pagi!

Ashraf dengan Khiliq kesayangannya

Comments

Popular posts from this blog

Grimgar, Abu serta Khayalan

Tak pandai baca hint!?