Hari Khamis dan Jumaat ini agak relaks sikit


Masih cerita di Johor...

Post kali ini kita akan bercerita mengenai tentang dua hari sekaligus memandangkan
 tak ada banyak benda buat sepanjang hari itu pun
 sebab tak ada acara.
Jauh cikgu memandang...

Karnival pun turut diadakan di sini
 Oh ya, hari ini Faliq ada acara Show Jumping kalau tak silap saya. Err... kategori apa dah saya lupa~ Tapi, lawan dengan orang-orang dewasa belaka tau. Haa~ itulah pakcik saya, memang star di luar sana (atas kuda).

Comel tak kuda padi ni?
Bawah ni antara gambar yang diambil yang satu acara dengan Faliq!


Yah!!! Lompat lagi~

Relax kuda~!

Haa~ Teka siapa?
 Giliran Faliq pun habis... Sayang sekali dia tak pakai cermin mata. Habis dia terbuat pusingan yang agak besar. Apa-apa pun, dia kat situ, nombor tiga~! Dia ni dari dulu memang tak suka pakai cermin mata. Cakap cermin mata boleh menambahkan power daripada mengurangkannya. Itu entah betul atau tidak tapi saya yakin yang para pembaca mesti setuju kalau dia pakai cermin mata, dia akan menjadi sangat kacak, haha~

"Apa pandang-pandang orang nombor 3 jew?"
 Lepas ini tengok budak lain buat latihan sahaja~ Waktu ini masih tengah hari. Jadi saya banyak patah balik ke arena dan stable.

Nice on the bit!
 Oh ya, kisah yang paling saya geram sekali masa kat Johor ini adalah ketika kali pertama saya cari surau dia untuk sembahyang memandangkan kita orang stay sepanjang hari kat stable sahaja. Waktu itu Azhan dah solat. Jadi, saya tanya dia mana surau. Saya ini lambat sikit faham kalau tergesa. Biasanya selalu tak dengar dengan jelas apa orang cakap samapai Cik Liq senang putus asa apabila kita salah dengar. Saya cari surau tu sampai ke karnival padahal dah jauh dah lepas. Bila saya tanya seorang mak cik yang menjual di situ. Dia cakap surau ada kat belakang khemah dewan utama. Memang ada (bukan yang Azhan maksudkan), surau itu pun bentuk macam khemah jugak, cuma lebih kecil. Entah kenapa, kita rasa x sedap hati tengok surau tu. Macam tak puas kati sahaja. Saya tiba-tiba cakap yang ini bukan surau kalau tak ada tunjuk arah kiblat kat dalam dia. Tengok-tengok, betul rupanya~

Rasanya dia ni orang ternama...
Keesokannya...

Asyraf bangun awal sorang-sorang dan malas nak kejut kita orang!
Memanglah dia ada acara pagi ini, 
tapi sekurang-kurangnya kejut kita orang sampai betul-betul bangun!
Tengok, masa kita orang dah sampai, acara dia dah habis,
nak gambar lah, jurufoto tak nak kejut macam mana nak ada gambar?
Tapi, tengoklah! Dia dapat nombor dua~!!!
Acara Show Jumping dia sama tinggi dengan Faliq cuma kategori (bukan umur)
dia sahaja yang berlainan. Hebatkan!?

Senyuman yang ikhlas daripada hati
 Tak ada kerja, jadi saya pun duduk kat arena latihan tengok budak-budak Stable. Ingatkan nak balik semula ke bengkel kuda tolong kemas-kemas sikit. Tiba-tiba, saya terserempak dengan rombongan pelajar sekolah rendah. Mereka menuju ke tempat karnival nampaknya.

Ada rombongan sekolah rendah lah~
 Kitorang solat Zuhur sahaja kat masjid secara berjemaah tadi, tak sempat~ Nak cerita sikit masa saya saya tukar air minum untuk kuda. Saya kena angkut baldi yang penuh dengan air kotor seorang diri sahaja! Berat tahu tak! Budak lain sibuk buat stable, berbakti kat kuda masing-masing sahaja! Bila minta tolong, dia suruh orang lain, sibuk konon. Lepas itu, Azhan dan Ashraf datang buat sedap. Dia tindihkan baldi yang penuh dengan air dalam baldi yang lain. Nak kerja senang lah tu. Tengok-tengok, baldi tersangkut. Air panas tak ada, pandai-pandai lah diorang cabut~

Baru nak tolong!
 Kalau pembaca perasan, pokok belakang tu ada divider (bak kata Ashraf). Sebelah pokok tu ada paip air untuk kita orang ambil air dan mandikan kuda! Bawah pokok tu ada sarang tebuan tanah! Mangsa pertama yang kena Imran. Waktu itu dia tengah mandikan UTG. UTG kena paling teruk sekali. Kesian betul dia~ Ada 5-7 bintat kat badan dia. Lepas tu yang kena, Mukmin dan Amin (adik-beradik tunggang Kaya). Saya setiap kali nak lalu, kena acah-acah dulu, pusing sedikit pili dia, lepas tu terus pasang seribu langkah!

Jangan perasan lah oi... Aku tangkap gambar pony lah

Tada! Harold Star~
 Kuda dekat atas ini merupakan kuda kegemaran saya! Kalau tengok betul-betul, montel betul! Kuda ini di bawah jagaan Malaysian Armed Forces Equestrian Center (MAFEC).  

Ashraf dalam perjalanan~

Kashfi dan Ima dalam Pony Game

Lompat Gold Drifter!
 Malam itu pun tak ada apa-apa perkara yang luar biasa berlaku. Cuma... sekumpulan orang Australia dan beberapa pegawai MAFEC buat parti dekat stable lewat malam itu.

Comments

Popular posts from this blog

Tak pandai baca hint!?

Grimgar, Abu serta Khayalan