Lama betul nak habiskan cerita dekat Johor ni, kan? Apa-apapun, assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi pembaca bukan Islam. Agama ini sentiasa mengalu-alukan kalian~ (Sabit).
Oh, kali ini saya nak siarkan keputusan bagi acara dressage yang saya sertai.
Haha... saya tak menang apa-apapun. Baru nak berjinak dengan sukan ini.
Tapi, apa yang saya nak cakap; saya boleh berbangga dengan prestasi
saya dekat prepatory 2 sebab berjaya mengalahkan saingan saya seseorang itu, hihi...
|
Prepatory 2 Section 1 |
|
Prepatory 1 Section 1 |
Macam mana? Cantik tak gambar yang saya tangkap ini? Dia punya timing masa kuda tu lompat memang tepat membuatkan kuda tu beku di tengah udara dengan tegap sekali. Waktu pertandingan ini masih tengah hari. Kenapa penting waktu tengah hari? Ha... hari ini ada peristiwa gempak punya untuk diceritakan.
|
Hari dah mula mendung |
Di sini lah cerita saya bermula... Minggu masa kita orang pergi Johor ini kan ada gempa bumi yang berlaku di Acheh dimana beberapa negeri di Malaysia pun turut merasai gegarannya. Johor waktu memang tak ada rasa gegaran tu. Tapi, ribut hujan yang dibawa memang dahsyat. Petang itu, kira-kira sebelum Zohor, sekejap sahaja langit yang cerah menghitam. Mula-mula terasa dulu tiupan angin amaran dia. Waktu tu ramai budak Maahad tengah buat stable. Faliq waktu tu balik asrama awal. Budak-budak ini cakap dia frust, entah kenapa? Waktu tu juga, saya tengah sapu sampah, saya kumpulkan sampah banyak tau sebelum saya nak buang sampah-sampah yang berselerak kat depan stable tu. Tiba-tiba hujan renyai-renyai turun. Habis semua sampah hanyut dan kembali bersepah. Apabila kilat dah mula menyambar, kita orang semua balik ke khemah.
|
Lama juga hujan ini turun |
Selepas itu, hujan mula lebat mencurah ke bumi. Angin pun naik sama meniup dengan kencang keadaan sekeliling. Budak-budak dalam khemah mula tengking satu sama lain untuk tutup telefon masing-masing bagi elak disambar petir. Saya pun cepat-cepat tutup telefon sebab saya tak suka orang naikkan suara kat saya. Yang saya tak boleh 'blah' nya, Azhan cuak apabila Ust. Shafarul telefon dia. Dia pun suruh saya tolong jawabkan. Saya pun bertolak ansur dengan Ustaz supaya cepat-cepat menamatkan perbualan. Ustaz cakap dia nak ambil kita orang kat khemah. Sementara menunggu Ustaz datang, tiba-tiba khemah yang kita orang kongsi dengan Kelantan hilang stabil dan mula goyang-goyang. Kelam-kabut dibuatnya, kita orang pindah barang-barang kita orang ke tengah khemah dan mula membina benteng manusia untuk memperkukuhkan khemah kita orang bagi mengelakkan daripada tumbang ke tanah. Disebabkan semua orang sibuk sangat nak pertahankan khemah daripada tumbang, saya duduk sahaja kat tengah sebab tempat dah penuh... Nak tolong tapi tak kesampaian~
|
Banyak gila petir! |
Ketibaan Ustaz Shafarul memberi kelegaan kepada kami kerana akhirnya penderitaan ini berakhir. Tanpa payung, kita orang bergegas ke van tapi meninggalkan Ima keseorangan bagi menjaga barang-barang equestrian. Kita orang pergi ke apartment Ustaz dahulu sebab Ustaz cakap ada hal. Kita orang nak ambil Abang Shark juga yang tinggal berdekatan dengan bilik Ustaz Shafarul. Dekat sekitar situ, ada sebuah kereta yang penuh dengan lumut. Yang lawaknya, Imran tiba-tiba cakap, "Kereta ini dah sah baru keluar dari tasik". Masa kita orang baru nak ambil Faliq kat asrama, saya ternampak ada rumpai laut melekat dekat celah-celah ekzos dan saya terus bagi tahu dekat budak lain dan kita orang tergesar besar kat dalam van tu. Rugi waktu tu tak sempat ambil gambar; terlupa.
|
Tumbang! |
Memang ada banyak pokok tumbang sepanjang laluan nak balik ke asrama. ada yang nampak macam patah kena tiup angin dan ada juga yang nampak macam patah kena sambar petir. Ustaz Shafarul terus patah balik ke khemah sebab dia kata nak ambil Faliq. Waktu tu saya cuma terfikir yang dia sudah gila ke? Keluar jalan kaki dalam hujan yang dia punya petir belambak menyambar secara beterusan? Sepanjang hidup saya, saya tak pernah dengar petir sahut-menyahut tak berhenti-henti. Habis risau Ustaz Shafarul dibuatnya.
|
Patah! |
|
Ranap! |
Lepas dah ambil Faliq, kita orang pergi
check out arena dan tempat unutk majlis malam ini. Tempat itu nampak agar berterabur dan acara petang itu terpaksa ditunda. Faliq cakap sebab dia pergi khemah adalah kerana dia bosan dengan apartment yang
black out.
|
Hancur belaka |
|
Macam mana orang kat dalam? |
Kalau tengok memang nampak macam selamat kat dalam khemah yang roboh itu sehinggalah Imran mengingatkan saya yang kat dalam khemah itu ada kipas gantung. Memang ngeri dibuatnya hingga tak terbayang.
|
Maksiat~ (sabit) |
|
Nasib baik kita tak kena |
Habis makan dan solat, Ayah saudara saya datang nak bawa saya keluar jalan-jalan. Saya masuk ke dalam kereta dalam keadaan basah kuyup! Dia suruh saya mandi, saya ingat dia main-main sahaja tapi rupa-rupanya dia serius. Kita orang solat Asar kat Masjid Maharaja Abu Bakar dan saya ambil kesempatan ini untuk mandi membersihkan diri. Lepas solat, saya kembali pergi
The Zone untuk membeli semula coklat putih saya yang habis dilenyek oleh Ashraf.
|
Macam mana malam nanti? |
Sebelum pulang, saya makan berat kat Bandar Hutan sebab chicken chop dia sangat murah cuma mencecah RM5. Petang itu saya balik semula ke asrama dengan senang hati~ Saya tak tahu pula budak-budak lain buat apa sepanjang petang itu. Saya pula tak dapat nak sertakan gambar untuk masjid itu sebab terlupa nak bawa kamera...
|
Teruk betul... |
Malam ini, ada thank you dinner. Selepas semua orang bersiap-siaga, kita orang pun bertolak dengan menaiki van. Kelengkapan malam ini saya bawa sekali dengan flashgun saya sebab nak tangkap gambar pada waktu malam. Ini lah kali pertama saya pakai flashgun saya secara rasmi dan hasilnya agak memuaskan!
|
Cikgu Paiza kita! |
|
Sedap makan |
|
Motor sponsor, cun gila! |
Waktu saya tengah jalan-jalan cari subjek unutk tangkap gambar. Tiba-tiba ada sekumpulan pak cik tarik saya dan mereka tanya saya sama ada aya boleh tangkap gambar mereka atau tidak. Jadi, saya tangkap lah sebab tak ada salah pun kan? Yang lawak nya, lepas saya saya habis tangkap gambar, saya terdengar yang mereka ada cakap yang saya ni jurugambar rasmi dekat sini dan gambar mereka ini nanti masuk majalah lah. Lepas berlalu di situ, saya tersenyum tahan daripada gelak.
|
Tak kenal... |
|
Makan ke sembang? |
|
Azhan pandang mana tu? |
|
Sedap gila ayam dia |
Lepas habis acara tu, makanan dah tak sentuh dah, semua germbira bergambar (terutama sekali Cikgu Shida) Kita orang ingat nak main bowling, jadi saya tanya cikgu Paiza mana pusat bowling yang dimaksudkan Ustaz Ikram dan Cikgu Rosli tu. Cikgu cakap ada dekat Skudai Mall, jadi kita orang pun terus check out
|
MuBoling! |
Punyalah payah nak masuk sebab kebanyakan mall tutup pukul 10. Masa kita orang masuk, hampir semua lif dah tak boleh pakai. Penat mendaki hingga ke puncak mall, pusat bowling tu dah tutup. Bila saya tengok betul-betul, bukan dah tutup. Malah, buka pun belum! Bunting "Coming soon" masih tergantung dekat dalam. Rupa-rupanya cikgu main kat tempat lain.
|
Up, up and the way! |
Disebabkan marah sangat, kita orang cakap "MuBoling!" masa kat dalam van dan gelak ramai-ramai. Malam itu memang penat betul, dah lah siang tadi dengan ribut petir nya, malam ni masuk keluar mall yang kompleks. Kita orang pergi Danga Bay dan main bumper car, ianya memang seronok hingga menghilangkan rasa mengantuk yang teramat. Masa giliran saya main, saya main tiga ornag sahaja satu gelanggang. Saya, Firdaus, dan tauke India yang jaga tu. Azhan yang sebelum tu boleh tertidur sambil jalan itu pun naik segar.
|
Mana Asyraf nak turun tu? |
Malam tu, saya tak sedar bila kita orang sampai dekat asrama sebab dari dalam van saya dah mula tidur. Tengok-tengok, sinar pagi dah mula mencerah dan hari terakhir kami di sini sudah tiba...
Comments
Post a Comment