Pagi itu sejuk dia lain daripada biasa. Dengan paginya yang berkabus macam boleh sesat kat dalam berikutan hujan yang sangat lebat semalam. Matahari pun boleh tengok direct dengan mata tanpa pakai cermin mata hitam. Matahari yang diselindungi dengan kabus memang nampak cantik tapi tak dapat ditangkap gambarnya dengan kemahiran saya sekarang.
|
Pukul 7 pagi |
Mula-mula... Makan! Sarapan pagi penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari! Lagi awal awak ambil sarapan, lagi bagus! Waktu ini lah awak patut makan banyak-banyak~ Kita orang keluar makan kat tempat biasa. Tempat ini ada wi-fi yang saya rasa paling berbaloi diantara semua tempat yang menyediakan wi-fi yang saya pernah pergi.
|
Restoran yang selalu kita datang |
|
Mukmin dengan kuda Kaya |
Mukmin ini suka sangat bergambar dengan Kaya. Hari terakhir ini kita kemas-kemas kan
stable, bungkus kelengkapan kuda, dan tolong mereka yang masih ada acara untuk pagi itu.
|
Inilah Fodder |
Dekat karnival tu, ada sejenis makanan untuk ternakan dan makanan tersebut telah menjadi makanan ruji intuk kuda-kuda Sungai Ramal. Nama makanan itu ialah Fodder. Fodder merupakan rumput barli dan rumput tu hanya mengambil masa 6 hari untuk tumbuh dengan sempurna. Hei... ini macam dah jadi ruangan iklan. Saya patut dibayar untuk ini!!! Rumput itu nampak sahaja cantik tapi, baunya sangat masam! Patutlah kuda Pahang tak makan. Kuda Sungai Ramal tu pun cuma makan bahagian atas, bawah dia masam semacam sahaja.
|
Yeay~ Fodder nak pergi! |
|
Mukmin dengan kuda Harold Star pula! |
Rasa sedih rasanya nak tinggalkan tempat ini. Dah hampir seminggu duduk sini jauh dari Maahad. Banyak kenangan pahit manis kita orang lalui bersama-sama. Faliq kot yang paling sedih sekali sebab terpaksa tinggalkan negeri Kelantan eh silap, negeri Johor...
|
Muka-muka pemenang~ |
Kita orang pun pulang pada jam 10 malam dan tiba di Maahad paad pukul lebih kurang 3 pagi. Memang mengantuk waktu itu tetapi setiap rozek di tangan yang berjaya dibawa pulang membawa penuh makna dan subgguh berbaloi. Terima kasih kepada semua pembaca yang setia membaca post ini dari bahagian pertama sehingga yang terakhir walaupun lambat gila baru siap~ Assalamualaikum dan terus setia dengan blog saya ini!
Comments
Post a Comment