Have you got what it takes?
Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali! Kali ini kisah saya pergi ke pertandingan "Spell It Right" anjuran surat khabar New Straits Times dengan kerjasama RHB Bank. Antara pelajar yang terpilih ialah Madihah, Faiz, Syahira, saya, Hafiz, Aida, Adlan, Haziq, Batrisya, dan Asma' dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang.
Selamat datang para pembaca! |
Kami datang ke sini seawal jam 8 pagi ke Kuantan Parade.
Masa tiba tu, memang ramai budak-budak yang nampak smart. Memang rasa cuak tu ada tapi kita orang pun berlagak smart sekali nak bagi hilang rasa nervous.
Ini lah tempat duduk juri |
Selang beberapa minit, kami masuk ke dalam konpleks melalui pintu masuk lain.
Dalam itu orang pun tak ada sebab biasanya kompleks buka pukul 10 pagi.
Pendingin hawa pun belum pasang menyebabkan saya rasa agak panas.
Pentas dia memang simple |
Paling mengejutkan, negeri Pahang menghantar lebih 200 orang peserta dan menjadikan negeri Pahang merupakan negeri yang mempunyai paling banyak peserta yang masuk bertanding!
Guru pengiring saya! |
Semua orang tengah bersiap-siap, ada antara kami yang berlatih mengeja. Pengacara pertandingan ini
memang pandai bercakap dengan spontan bahasa Inggeris.
Salah seorang juri |
Waktu ini pertandingan belum bermula lagi. Ini lah baru kali pertama saya tengok cerita ini betul-betul. Selama ini saya tak ambil kisah pun dekat televisyen. Itu yang terkejut tu tengok cara pertandingan ini berlangsung. Saya punya nombor giliran ialah nombor 107. Tak silap saya, ada seorang budak sekolah agama yang mirip rupa kawan saya dan dia bernombor 207. Nama saya dipanggil selepas
rehat tengah hari. Kami makan KFC yang telah disediakan pleh pihak penganjur melalui kupon yang disediakan.
"Terkejut I..." |
"Fokus, fokus..." |
"Nak saya azan sekali ke tak?" |
Saya pun dah tak beberapa ingat perkataan apa yang saya kena eja. Tapi,
apa yang saya boleh banggakan dekat sini, saya seorang
sahaja wakil Maahad yang lepas pusingan pertama! Tahap ejaan saya saya anggap sederhana sebab perkataannya tak pernah dengar tapi, masih boleh teka ejaannya.
Punyalah cuak, saya asyik lupa apa yang kena eja waktu tengah mengeja, itu yang
makan masa sebenarnya.
"Do you have a problem with me?" |
Petang itu, ramai budak Maahad pulang dengan penjaga masing-masing, tinggalkan lima orang menaiki kereta Teacher Hidayati. Macam mana muat lima orang dalam kereta saya tak nak cerita, hihi. Cuma rancangan ini akan disiarkan kira-kira sekitar bulan September. Nanti para pembaca tonton sekali di TV3 ya! Assalamualaikum dan terima kasih kerana sudi membaca! Cerita seterusnya: Mahrajan!
xpe janji blh buat..hehe
ReplyDelete