Rabulah acara pertama kami


 Assalamualaikum dan maaf kerana sudah lama tidak update~ Agak sibuk dengan peperiksaan pertengan tahun. Apa-apa pun, mari kita sambung dengan cerita di Johor (Bila lah nak habis ya?)

Teka siapa tak ada?
 Pagi itu kita orang bangun awal sedikit. Jadi kita orang sempat keluar makan naik van. Meal dekat kafe universiti tu boleh tahan juga... Makanan dia memang banyak murah. Tak ada cukai dikenakan kot. Kita orang makan habis cepat dah sebab pagi ini dah mula acara pertama kita orang. Semua budak maahad masuk. Acara Dressage Prepatory 1 Jr.

Cikgu memang nak masuk gambar sahaja
 Mukmin tu sebenarnya pakai helmet saya. Macam mana? Lawa tak? Seingat saya, Mukmin dan Azhan antara yang terawal waktu, jadi kita orang tukar-tukar barang. Sharing is caring, begitulah pepatah omputeh.

Semua ok?
 Cikgu tengah bela Kaya, Mukmin lah yang akan naik kuda ini nanti. Keputusan boleh tengok pada post seterusnya

Kena plaiting semula...
 Adakah ini hasil orang yang membuat kerja sekadar melepaskan batuk di tangga? Janganlah para pembaca menuduh saudara Ashraf dan Faliq kerana rambut Khiliq yang panjang ini menyukarkan mereka untuk mendapat hasil plaiting (tanya mereka sendiri lah~ hihi...)

Ikke , Mukmin dan Kaya!

Jauhnya Azhan


 Pagi itu saya sempat menangkap beberapa gambar sahaja kerana saya pun kena tunggang lepas itu! Pertandingan kali ini ada dua arena dan dua juri. Dengan kata lain, ada empat belas pemenang iaitu tujuh bagi setiap satu arena!





Ashraf bersilat atas Khiliq




Habislah Asyraf...


Cikgu kalau memaki memang serius, dahlah tengah panas
Gambar di atas disiarkan atas permintaan Ashraf sendiri. Dia ada buat beberapa
kesilapan semasa menunggang tadi yang membuatkan cikgu naik angin.
Bukan dia sahaja jadi mangsa, kita orang pun sama sebab buat "pelik"
sebelum nak menunggang. Harap ini semua boleh menjadi pengajaran buat
para pembaca semua~

Cikgu sedang tengok giliran
 Makin mendebar rasanya... Giliran saya dah makin hampir~ Antara budak maahad, giliran saya lah yang paling lambat!

Tengok mana tu?

Macho cikgu ni sebenarnya
 Hari itu berakhir dengan kekecewaan bagi sesetengah orang dan juga ketidaksangkaan untuk menempah nama pada placing. Ramai juga yang tersingkir (elimination). Oh ya, sukan kuda inilah yang saya rasa sukan yang paling cepat ada pengumuman untuk memberi keputusan dalam bentuk kertas (pemarkahan) yang saya pernah sertai.
  
Malam tu makan kat sini pula
 Malam ini kita orang makan kat luar pula~ Tapi yang saya geramnya, kena belanja pakai duit sendiri pula!
Ha... malam masih panjang walaupun saya makan lambat. Kita orang pun pusing-pusing lah sekitar bandar.
Teringin pula nak check out tempat ini.

Tinggi gila gelongsor ini
 Kita orang jalan-jalan sahaja sekitar ini. Belum ada feeling nak main. Berikut merupakan gambar masa kita orang kat Danga Bay~

Teka apa?

Bot berhayun
 Dekat bot ini saya terjumpa dengan budak-budak maahad lain tengah lepak selepas saya terpisah dengan mereka. Semua seronok bergambar dengan Azhan~

Kapal ni cantik!

Merry-go around
 Waktu ini ramai budak berpecah,. Saya menerawang dengan kamera saya sahaja lah sekitar Danga Bay ni~
Selepas tu, saya terjumpa dengan Azhan. Pada dia ada kamera maahad waktu tu. Kita orang berdua pun main tangkap-tangkap gambar sekitar tempat parkir kereta sementara menunggu budak-budak lain nak balik.
Tiang...

Light trail
Lama sangat tunggu, saya pun masuk semula ke fun fair nak cari subjek untuk 
gambar malam. Kalau para pembaca perasan, gambar di atas ada cahaya yang melingkar pada trek,
cantik kan?

Antara game yang ada


Sedap pula rasanya bila berdua-duaan dengan kamera  pada
malam yang hening ini, ceh~ Beromantik dengan kamera pula...
Nanti kena tarik masuk Bahagia pula~

Itik berpusing
Entahlah benda ni
 
Makin dalam masuk, makin banyak subjek jumpa! Rasa sangat teruja dibuatnya. Lagi-lagi ada orang main papan luncur dekat sini rupanya. Saya pun buat latihan menangkap gambat pendar.
Ada orang main papan luncur 




 Dah puas tangkap, banyak yang tak jadi. Mungkin susah nak fokus waktu gelap. Saya pun jalan hingga terjumpa sebuah jam terhampar gergasi. Lepas menjadikan jam tersebut sebagai subjek terakhir. saya pun balik semula ke van. Tengok-tengok diorang tengah tunggu saya dan Imran. Bila Ime keluar cari Imran, Imran pula dah balik! Kita orang                                                                                       pun pulang dengan mengantuk                                                                                         sekali selepas Ime balik...

Comments

Popular posts from this blog

Grimgar, Abu serta Khayalan

Tak pandai baca hint!?