Jamuan Raya Batch 1014 tahun 2013 part 2
Yah... let's continue with the jamuan raya batch 1014~ Fokus entry kali ini adalah untuk menunjukkan video raya dan memenghibur burkan tetamr-gambar yang telah saya ambil. Lagipun, kebanyakan cerita atau keseluruhan event pada hari itu telah dinukilkan dalam entry sebelum ini. Hari itu sangat meriah tambah pula dengan suasana gamat dengan pensyarah yang ceria dan riuh. Saya dah cerita belum makanan apa yang saya makan petang itu? Saya harap sudah kerana nasi mandi itu enak sangat. Nasib baik saya sempat simpan dulu namun terpaksa korbankan nasi ayam sumbangan keluarga Ikmal.
Dibawah ini merupakan banner yang dihasilkan oleh Abang saudara Cik Rahimah (terima kasih) dan gambarnya pula diambil oleh jurugambar yang sama tangkap gambar untuk entry blog ini... Terima kasih, terima kasih~ (perasan) Gambar ini ada kisah tersendiri tahu tapi saya tidak kongsikan bersama pembaca sekalian untuk menjaga nama pihak-pihak tertentu. Apa yang saya boleh nasihatkan di sini; usahlah kita memplagiat atau mengambil suatu karya tanpa izin penghasilnya itu kerana perbuatan tersebut merupakan suatu jenayah. Kesalahan ini boleh menyebabkan pesalah disaman.
DJ yang terdiri daripada Mukmin dan Anas telah menjalankan tugas dengan baik sekali. Mereka menyiarkan video raya dan mengiburkan tetamu yang hadir dengan gelagat serta aksi spontan mereka dalam mengacarakan majlis. Antara acara yang diadakan adalah pemilihan pensyarah bagi menyampaikan ucapan. Mereka dipilih berdasarkan undian nombor matrik mereka. Namun, ramai yang bersikap kebudak-budakan menolak pelawaan tersebut, haha~ Teacher Hayati yang pertama menampilkan diri lalu mengucap selamat hari raya!
Ramai dalam antara kami makan lewat kerana hendak menyambut ketibaan pensyarah dan pelajar banat menyampaikan cenderamata kepada pensyarah yang tampil. Di sebelah meja yang kami susun cenderamata itu sebenarnya ada tiga kaki kipas yang sepatutnya kami gunakan untuk sejukkan kami yang makan di luar ini. Tapi, last-last tak guna pun.
Berikut merupakan karenah para pensyarah sepanjang majlis berlangsung~
Ustaz Lafzul dan Puan Norjiah tiba agak lewat. Maklumlah, orang sibuk~ nasib baik makanan masih ada lagi untuk mereka nikmati. Para pensyarah mula beransur-ansur pulang setelah azan dilaungkan menandakan waktu Asar sudah masuk. Menggunakan bekas yang dihadiahkan, mereka membungkus semua makanan untuk bekalan di rumah. Well, bukanlah semua sekali. Ada juga yang mengitar semula bekas nasi mandi untuk isi bekalan.
Barisan krew yang menjayakan program sedang menikamti makanan sebelum mereka menunaikan solat fardhu Asar secara berjemaah. Kami tetap solat di musolla sekolah dan al-hamdulillah tiada siapa yang masbuk atau menunaikan solat di atas tikar 'zam-zam ala kazam'. Puan Norjiah juga sempat menyampaikan rasa terima kasih dan ucapan selamat hari raya... Petang itu kami menghabiskan sisa makanan dan mengagihkan baki kepada mereka yang memerlukan (memesan). Selepas itu kami mengemas sedikit apa yang perlu sebelum bersurai. Sehingga bertemu kembali di entry akan datang, Salam~!
#First time post melalui tab jadi ada kelainan format bercerita. Selamat hari raya aidil adha >:3
Comments
Post a Comment