Majlis Kesyukuran dan Pertunangan Adik Ipar Sir Azlan~

    Peristiwa ini berlaku pada hari yang sama selepas Pesta Perarakan Kemerdekaan. Selepas saya semak jadual bas RapidKuan*an, saya dapati bas no. 101 melalui Taman Tas dan setiap 30 minit bas tersebut akan singgah di perhentian berdekatan Masjid Negeri. Tengah-tengah saya borak dengan Amani, saya toleh belakang dan dapati bas tu dah tiba untuk ambil penumpang seterusnya, berbekalkan beg berisi kamera dan pakaian dan buku 'Give and Take antara Hamba dan Pencipta', saya terus biarkan perbualan kami tergantung pada awan persoalan~ Dalam bas tu saya risau sungguh bila saya nak sampai ni, eh tu bukan dah lepas ke dan macam-macamlah. Maklumlah first time naik RapidKuan*an ke Taman Tas.

Tuan rumah melayan tetamu
    Nak cerita dari awal ke? By the time I'm posting this post, it's already past 3 a.m. Tak mengapa! Selepas turunnya saya di bawah jejantas, saya pun mula-lah start layan buku balik sementara menunggu Sir dan datang jemput ambil. Lamanya bukan main rupanya saya tunggu di tempat yang salah! Miss call yang dapat memang tak jawablah bila orang dah mula start menyelam dalam buku ni. Kalau Farhan, Iqbal dan Ramadhan tak perasan kat mana saya tunggu jawabnya senja tulah saya terus khatam buku tu! Setibanya kami di rumah Sir, saya terus preview makanan apa yang dihidangkan. Sayangnya waktu tu saya malas nak keluarkan saya punya DSLR jadi tak ada kesempatan nak bergambar dengan makanan yang lazat-lazat tu. Saya pergi ke bilik bacaan di rumah belakang rumah Sir dan terus meminta dia sebuah tuala sebab nak mandi. Maklumlah, saya waktu tu baru sahaja pulang dari pesta perarakan dan suda tentulah saya berpeluh sebab pakai helmet, blazer, jodhpur, dan siap dengan tie lagi. Memang panaslah! Takkanlah saya nak duduk sepanjang petang tu dengan bau masamkan? Lepas habis mandi, saya pun tinggal lama sikit di dalam bilik bacaan Sir. Ada banyak buku membuatkan saya rambang mata nak membelek satu-satu. DVD pun ada dan tidak lupa figura-figura comelnya yang mahal. Waktu ini memang saya lupa sungguh nak tangkap gambar. Keroncongan di perut mengetuk pintu pemikiran saya, "Hoi, tak lapar ke?" Nasib baik waktu itu saya separuh sedar dan saya pun menyahut seruannya dengan melangkah keluar dari bilik itu dan menuju ke hadapan rumah Sir di mana makanan terhidang. Patut tak saya list out makanan-makanan yang terhidang di rumah Sir? Kalau nak senaraikan semua yang saya makan sahaja, sebenarnya saya makan semua!  
    Cara saya makan... Ish... Tak perlulah saya kongsikan semua sekali secara detail sangat kan? Maksud saya, saya try setiap satu hidangan tu dalam kuantiti yang sedikit. Mula-mula, makan nasilah dengan lauk ayam, dan sambal belacan. Lepas tu saya cuba pula pulut kuning dengan rendang ayam. Dan selepas tu lemang dengan rendang ayam menjadi sasaran saya (last-last saya cerita juga pada kalian makanan apa ada kat rumah Sir...) Waktu ini semua budak TKD dah habis makan dah dan tinggal sahaja Ramadhan menemaniku. Walaupun sudah sekitar pukul 3 waktu tu, masih ramai kawan-kawan Sir yang belum tiba ke jamuan ini. Waktu saya tengah menikmati nasi impit dengan kuah kacang, sekumpulan pelajar perempuan TKD dari sekolah al-Ihsan pun tiba. Apa lagi, tuan rumah pun melancarkan gurauan beliau dengan menyakat saya dengan mereka untuk suruh layan tetamulah. ada ke patut dia suruh tetamu yang tengah makan untuk layan tetamu lain, gadis pula tu! Oh, saya tak beritahu yang pada awalnya saya makan buah dulu. Ada buah betik dan tembikai hari itu. Kemudian, saya terus menikmati bubur kacang. Saya menyuarakan kekecewaan saya pada isteri Sir sebab tiada durian di dalam bubur kacang tersebut (namun rasanya lazat!) 

    Ramadhan geram dengan saya, "Bila kaunak habis makannya, Ridwan?" 

   "Relax dulu, kautak nampak ke ada banyak lagi makanan ni?" jawab saya dengan penuh bersemangat.

     Lauk-lauk kat sini agak masin sedikit sebenarnya sebab Sir tak sempat nak merasa semua yang dimasak keluarganya. Sir cerita, keluarga dia ada tradisi kena rasa dulu setiap jamuan yang dihidangkan. Kiranya kali ini Sir melanggar tradisi warisan keluarga beliaulah, haha~ Saya ada tanya Ramadhan tentang apa yang ada dalam bekas kecil yang ada kat dalam bakul. Dia cakap tengok dari jauh pun sudah tahu bahawa yang itu dodol. Saya rasa pelik. Memanglah dalam tu ada makanan warna coklat, tapi saya rasa itu kek coklat walaupun dia menafikannya. Punyalah nak 'pangkah' dia sangat, saya ambil satu dan bukanya didepan dia. 'Sebek' rasa Ramadhan, haha~ 

Best dishes of the day!
    Sebaik sahaja saya makan kek tu, terus budak-budak lain cuba dalam kuantiti yang banyak. Menysal rasanya mempopularkan kek yang sedap tu. Baru sahaja ingat nak menikmatinya seorang seorang. Sebelum event ini, saya ada terima sebuah mesej daripada seorang budak perempuan TKD al-Ihsan yang menyatakan hendak beritahu saya sesuatu. Tapi, apabila saya tanya dia depan-depan semasa majlis kat rumah Sir tu apa dia, dia cakap tak ada apa-apa pula! Samapai sekarang saya masih 'tak tahu' apa yang dia maksudkan. Para pembaca lelaki, perempuan ni memang pelikkan? 

Ramadhan dengan anak Sir, Azmin (kot?)
    Petang masih panjang dan orang ramai sudah mula berduyun-duyun ke rumah Sir (amboi, tak adalah seramai tu). Desiran angin petang menampar lembut pipiku membuatkanku menguap memikirkan hal yang mendatang (tiba-tiba sahaja ni). Tak adalah, saya dah bosan waktu tu sebenarnya dan kemudian Sir langgan cerita Iron Man 3 di Astro. Sambil menikmati kek coklat, budak-budak ini pun duduk menghadap televisyen dengan khusyuk sekali. Sementara menunggu waktu Asar masuk, saya pun terlelap sekejap di sisi budak-budak ini. Tiba-tiba saya tersedar apabila mereka mengejut saya untuk solat Asar secara berjemaah. Kami pun menunaikan tuntutan yang wajib itu di bilik bacaan Sir.


Err... Yang kat sini saya kenal Cik Shafinaz sahaja
    Petang tu saya terasa macam kuli sekejap apabila terpaksa kehulu-hilir menjalankan  errands yang diminta oleh budak-budak al-Ihsan ni. Para pembaca lelaki, perempuan ni malaskan? Nak kena ambil sudulah dan gambar pun nak kena ambil!?  Kemudian, saya meneruskan menjamu selera saya dengan makan lagi semua dishes yang dihidangkan kecuali nasi. Ramadhan pun macam biasalah tunjukkan concernnya terhadap saya dengan terkejutnya. "Makan lagi? Kautak kenyang-kenyang ke, Ridwan?". "Selepas tidur tu aku lapar baliklah," jawab saya. Selera saya meningkat semula selepas the best dishes dihidangkan. Lagipun, kek tu baru sahaja keluar dari tempat persembunyiannya selepas habis sesi pertunangan adik ipar Sir. Saya dan Ramadhan berkongsi mangkuk meratah kek tersebut yang kemanisannya mencair di dalam mulut dengan likat sekali. Pelajar banat TKD MTNP tiba agak lewan sedikit. Kebanyakannya pelajar tingkatan 2 (rasanya semua kot) dan mereka naik teksi dengan barang yang banyak sekali untuk persediaan jamuan raya mereka. Mereka pun terus menunaikan Solat Asar secara berjemaah sebelum menikmati hidangan yang disediakan.  

    Petang mula remang merangkak senja. Cahaya merah langit pudar dan mula bertaut dengan kegelapan. Suasana menjadi agak lenggang hasil daripada pemulangan tetamu secara beransur-ansur. Pada mulanya Sir nak tunggu Sir Michael sebelum hantar kami pulang. Tapi, selepas lama menunggu, Sir hantar sebahagian daripada kami pulang setelah kami tolong catering untuk retrieve dan kemas-kemas khemah-khemah dan kerusi meja mereka. Empat orang tinggal tinggal dan kami Solat Maghrib secara berjemaah sejurus sahaja selesai mandi. Ketika Sir Michael datang dengan keluarganya, budak-budak ini baca komik di bilik sementara saya makan malam (lauk yang sama). Sebaik sahaja mereka berangkat pulang, kami tolong Sir clear kawasan hadapan rumah Sir dan terus berangkat pulang dengan sebekas bubur kacang untuk dimakan bersama rakan-rakan di maahad. Hari yang panjangkan? Sebelum saya mengundurkan diri dalam entry kali ini, saya hendak menyampaikan maaf atas ketidakkerapan post saya dalam tahun ini. Satu post sahaja sudah berjela-jela. Terima kasih kerana sudi membaca! Wassalamualaikum!

Comments

Popular posts from this blog

Tak pandai baca hint!?

Grimgar, Abu serta Khayalan