Jamuan Raya Batch 1014 tahun 2013 part 1


Cenderahati buat pengunjung
    Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca semua! Kali ini saya kembali mengisahkan suatu event yang agak gempak. Perancangan bagi jamuan raya ini sudah diadakan dua minggu sebelum jamuan ini berlangsung. Terdapat juga banyak perkara yang mengecewakan hati saya dalam pengurusan kali ini kerana saya yang ditugaskan menjadi bendahari bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang pengurusan belanjawan kewangan. Namun, usahlah hal remeh tersebut dikongsi dalam coretan saya kali ini kerana apa yang saya akan ceritakan kali ini adalah apa yang berlaku sepanjang jamuan tersebut yang meriah~

    Hari yang ditetapkan ialah hari Rabu. Waktu yang agak strategik kerana pada sebelah petangnya para pelajar tingkatan empat tidak ada sebarang sesi PNP. Pada mulanya timbul desas desus dalam kalangan kami apabila khabar angin menyatakan pelajar tingkatan satu turut mempunyai hasrat yang sama ingin mengadakan jamuan raya pada waktu yang sama. Menggunakan kuasa veto kami, kami berjaya meminda tarikh jamuan mereka kepada keesokan harinya; masalah selesai! Tepat jam 12:30 tengah hari, kelas bersurai dan proses pengemasan bermula. Kami memindah meja dan kerusi mengikut pelan yang disediakan pihak bertanggungjawab; Hazim dan Ashraf. Mereka berdua mengarahkan kami untuk menyusun semua kerusi meja, karpet serta kedudukan atau susunan makanan. Lokasi jamuan raya kali ini diadakan di dalam kelas 4 ST.  Walaupun lokasi ini agak sempit, kami tidak dibenarkan menggunakan dewan auditorium. Sebenarnya sesi PNP pada hari tersebut tamat pada pukul 1:30 pagi namun kami telah minta izin Ust Hasnul awal-awal lagi untuk bersurai lebih awal daripada biasanya untuk memberi ruang kami bersiap sedia. Cuma, tugas saya dari awal hanyalah menangkap gambar sepanjang hari tersebut. Kiranya, saya tak adalah kerap sangat buat kerja-kerja berat menolong mereka ini. Tugas utama saya bagi majlis jamuan raya ini cuma lebih kurang ada dua sahaja; Bendahari dan Jurufoto~
"OK ke aku kat spot DJ  ni?"

"Nak susun macam mana lagi ni?"
    Selepas selesai Solat Zuhur, kami mandi dan ada yang makan sedikit. Sementara budak-budak yang lain pergi mandi, saya masih menolong pelajar banat menyusun makanan dan angkat makanan-makanan yang dibawa. Saya dan Amani berancang untuk mandi agak lewat sedikit kerana masih ada banyak yang belum siap dikemaskan lagi. Jam sudah menunjukkan pukul 2:30 petang, pada asalnya jamuan raya ini bermula pada pukul 2:30 petang namun kami belum siap berkemas sepenuhnya! Ketika saya dalam perjalanan ke pejabat untuk membuat pengumuman, saya terserempak Ckg. Roazlina, Tcr. Hayati dan Tcr. Hidayati yang dalam perjalanan ke majlis jamuan raya kami. Terpaksalah saya menerangkan kelewatan kami dan memohon maaf keaatasnya (nampaknya mereka memang sungguh lapar pada waktu itu). Selepas saya membuat pengumuman menyatakan jamuan bermula pada pukul 3:30 petang dan semua pensyarah, guru, dan staf serta kakitangan dijemput hadir, saya pun terus menuju ke asrama untuk mandi.

Antara pengunjung terawal
     Semua orang tiba dengan pakaian raya mereka kecuali kakitangan Maahad. Saya memakai baju Melayu merah jambu saya yang berkedut. Walaupun saya dah seterika banyak kali, kedut seribu di baju tersebut tak mungkin hilang, mungkin ini adalah antara fesyen terkini. Mungkin agak sesuai dengan orang yang malas dimana kepentingan kekemasan mereka tidak perlu dijaga sangat~ Walaupun begitu, saya tetap suka baju ni sebab warnanya yang striking. Saya tak tahulah nak cerita apa sangat sebab tugasan asal kita orang adalah untuk layan tetamu sementara menuggu giliran yang sesuai untuk makan.

     Lama-kelamaan, semakin ramai orang yang hadir. Pak Guard I pun turut tidak melepaskan peluang ini untuk menikmati jamuan raya. Kami menggunakan kelas sebagai lokasi kerana persekitaran yang sejuk (ada pendingin hawa) dan projecter untuk kami menayangkan sebarang video ketika mereka menikmati makanan. 
"Aku dah sampai!"

Kita orang makan kat luar sahaja, huhu

Amin sedang meneliti makanan...

Ruang DJ yang meriah

Sudah tentu tema video kami berkisarkan hari raya, jdi kami banyak menayangkan video hari raya sebagai contohnya iklan Petronas. Saya juga turut mengambil kesempatan ini untuk mengedarkan gula-gula coklat kepada semua pengunjung. Memang seronok melihat gelagat para pensyarah dan hal ini membuatkan saya tenang seketika apabila memikirkan hubungan kami antara pelajar dengan guru akan menjadi lebih akrab.

Puding Raja yang lazat!
     Tak mengapa, entry kali ini saya akan cuba tidak memokuskan mengenai apa yang saya makan sahaja. Tapi, suka saya nak beritahu di sini bahawa saya sempat ambil sebekas nasi mandi. Pelik juga namanya sebab saya pun tidak pernah dengar mengenainya. Nasi tu macam nasi beriani cuma dia adalah beberapa kuah tersendiri dan seketul daging kambing. Main dish asal sebenarnya nasi ayam sumbangan Ikmal. Tetapi memandangkan Anaqi turut menyediakan nasi mandi dalam bekas berkuantiti banyak, para pensyarah ni buat alternatif untuk membawanya pulang sebagai bekalan. Kiranya semua makanan dia orang dapat rasalah. Baiklah itu sahaja kot buat post bahagian pertama ini... Minggu depan saya akan menduduki peperiksaan akhir tahun. Oleh itu, mohon jasa baik para pembaca untuk mendoakan penulis agar dapat menjawab semua soalan peperiksaan dengan tenang. Thanks!

Antara makanan yang dihidangkan
#Lapar pula rasanya apabila mengimbau kembali makanan musim raya

Comments

Popular posts from this blog

Tak pandai baca hint!?

Grimgar, Abu serta Khayalan