Silap Naik Bas Daa... (Part 2)

Di dalam bas, aku duduk di belakang sekali, aku baca komik yang baru aku beli tadi. Perjalanan ke Klang memang lama tapi menenangkan. Setibanya di Lanchang (kalau tak silap la...), tiba-tiba sekumpulan pelajar kolej menyerbu masuk ke bas. Mereka mengisi tempat-tempat kosong di belakang (sebelah aku la...). Dengan tak semenanya, salah seorang dari mereka menyapa aku, 'Nama adik siapa? Adik sekolah kat mana?' Aku pun segera memperkenalkan diriku pada abang tu. Peramah juga dia ni. Selepas dia dapat mengetahui aku seorang pelajar tahfiz, dia pun memperkenalkan aku pada kawan-kawan dia yang lain. Rupa-rupanya abang-abang ni pun bekas pelajar tahfiz di Sekolah Sains Tahfiz Kelantan! Apa lagi, dia pun nak tebuk aku la! Banyak kali aku tolak sebab aku ni bukan masyi pun, nanti buat malu je.. Setiap kali tukar topik, dia tanya nak tebuk balik. Tak boleh jadi ni. Nasib baik ada seorang kawan dia nak tukar tempat duduk kat depan, tengah-tengah sekali. Selepas siap tukar, aku pun kembali dengan status yang tenang. Tenang sangat sampai Asar pun tak sembahyang, leka sangat baca buku Imam Ghazali~ Cepat saja masa berlalu, malam yang hening dah tiba, sekarang masih kat Kuala Lumpur, maknanya ada lagi sejam nak sampai ke Klang. Jam sudah menunjukkan waktu 8 malam. Haih... tak sembahyang Maghrib lagi ni. Tiba-tiba, bas ini belok ke laluan yang tak pernah aku lalu selama aku naik bas ke Klang. Yang lagi cuaknya, pemandu tu suruh semua penumpang turun sebab kita dah tiba di stesen yang terakhir! Kat mana ni... Kat mana ni... Aku telefon ayah aku yang aku dah tersalah naik bas, patutlah bertolak pukul 410 petang, tapi asal tak ada penyemak tiket? Selepas bertanyakan penjual di situ, rupa-rupanya aku ada kat Puduraya. Perjalanan pulang ke rumah naik kereta ayah aku memang memenatkan.Begitulah al-Kisahnya. Terima kasih kerana sudi membaca!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tak pandai baca hint!?

Grimgar, Abu serta Khayalan