Menjadi kebiasaan hari minggu, aku akan mengajar anak seorang kawanku mengaji Iqra. Pada minggu itu, hari jadi aku baru lepas dan teman serumah aku bertanya sama ada kawanku tersebut akan menghantar anaknya ke mari atau tidak untuk mengaji. Aku memberitahunya pada minggu tersebut aku agak sibuk untuk menyiapkan tugasan kolej. Dia balas dengan memujiku kerana telah memaklumkan dengan lebih awal untuk membatalkannya. Aku kehairanan. Bagiku, kata-katanya tidak boleh diambil serius. Ada saja peluang untuk menafikan kalimahnya membuatkan aku sukar memahaminya. Dua hari kemudian, teman serumahku berkata padaku yang aku tidak pandai baca hint bahawa kawanku tersebut ingin menyambut hari jadiku pada tempoh hari. Aku menjadi lebih bingung, perasaanku bercampur-baur dihargai serta kecewa. Tambahan pula, aku rasa seperti diperbodohkan apabila dianggap sebagai orang lurus bendul. Aku gembira kerana dihargai, tapi tak payahlah salahkan aku. Jadi akan datang, sesiapa yang ing...
Comments
Post a Comment