Majlis Kesyukuran dan Pertunangan Adik Ipar Sir Azlan~
Peristiwa ini berlaku pada hari yang sama selepas Pesta Perarakan Kemerdekaan. Selepas saya semak jadual bas RapidKuan*an, saya dapati bas no. 101 melalui Taman Tas dan setiap 30 minit bas tersebut akan singgah di perhentian berdekatan Masjid Negeri. Tengah-tengah saya borak dengan Amani, saya toleh belakang dan dapati bas tu dah tiba untuk ambil penumpang seterusnya, berbekalkan beg berisi kamera dan pakaian dan buku 'Give and Take antara Hamba dan Pencipta', saya terus biarkan perbualan kami tergantung pada awan persoalan~ Dalam bas tu saya risau sungguh bila saya nak sampai ni, eh tu bukan dah lepas ke dan macam-macamlah. Maklumlah first time naik RapidKuan*an ke Taman Tas. Tuan rumah melayan tetamu Nak cerita dari awal ke? By the time I'm posting this post, it's already past 3 a.m. Tak mengapa! Selepas turunnya saya di bawah jejantas, saya pun mula-lah start layan buku balik sementara menunggu Sir dan datang jemput ambil. La...