Posts

Showing posts from December, 2008

Marikh Kaya Air

Image
IMEJ terbaru daripada kapal angkasa Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menguatkan lagi bukti bahawa Marikh satu ketika dulu merupakan planet kaya air, yang memungkinkannya menyokong hidupan. Foto itu mendedahkan rantauan terperinci yang dipercayai mengandungi mineral berasaskan air dan formasi geologi yang terbentuk sejak berbilion tahun lalu. Imej mengagumkan yang dirakamkan oleh Agensi Angkasa Eropah, Mars Express menerusi kamera stereo beresolusi tinggi itu menunjukkan tebing, lembah dan dataran tinggi yang dinamakan kawasan Echus Chasma. Ia dipercayai merupakan salah satu daripada sumber air terbesar Marikh satu ketika dulu. Echus Chasma yang menyerupai dasar sungai yang kering mempunyai panjang sehingga 100 kilometer (km) dan 10 km lebar. Ia merentasi dataran tinggi Lunae Planum di utara Valles Marineris, yang juga dikenali sebagai Grand Canyon Marikh. Imej tersebut juga menunjukkan kewujudan cawangan-cawangan lembah pada Echus Chasma yang secara kasarnya sepanjang 10 km dengan

Hadis Tentang Neraka

DIKISAHKAN dalam sebuah hadis, sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ia menyala. Ia memiliki tujuh pintu dan pada setiap pintu itu ada 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula ada 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu ada 70,000 belahan tanah yang membabitkan api, pada setiap belahannya pula ada 70,000 lembah daripada api. Dikisahkan dalam hadis itu juga, di setiap lembah berkenaan ada 70,000 gudang daripada api dan pada setiap gudang itu pula ada 70,000 kamar daripada api. Pada setiap kamar itu pula ada 70,000 ular dan 70,000 kala jengking. Setiap kala jengking itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala jengking itu ia mempunyai 70,000 bisa. Dalam hadis sama menerangkan, pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik saja terbuka, akan keluar asap mengepung di sebelah kanan jin dan manusia. Sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu