Posts

Showing posts from March, 2018

Grimgar, Abu serta Khayalan

Image
Baiklah, kali ini merupakan post reviu anime pertama daripada aku. Aku mungkin akan lakukan lebih banyak reviu mengenai anime sebagai penghargaan aku terhadap minat menonton kartun animasi daripada Jepun ini. Aku ingin kongsikan pengajaran yang aku dapat daripada menonton anime kerana karya daripada Jepun ini bukan untuk tontonan kanak-kanak sahaja, tapi sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Malah, untuk orang dewasa sahaja pun ada. Oleh itu, setiap kali sebelum aku saksikan suatu siri anime itu, aku akan lakukan sedikit kajian supaya apa yang aku saksikan berbaloi dengan masa yang aku luangkan. Hai to Gensou no Grimgar  merupakan sebuah siri bergenre yang agak popular belakangan ini dalam industri anime; iaitu genre Dunia Lain. Protagonis adalah insan yang datang dari dunia lain lalu memulakan hidup baharu dengan pengembaraan yang luar biasa. Namun, apa yang membuatkan aku tertarik dengan anime ini, adalah watak utama tidak dikurniakan dengan kekuatan yang melampau ( OP )