Posts

Showing posts from March, 2012

Tamatnya periksa suku tahun~

Assalamualaikum. Setelah seronok bercuti selama seminggu, tibalah masa untuk pulang ke Maahad. Tapi, di sini ketenteraman diragut dengan hadirnya minggu peperiksaan suku tahun tapi itu tidak bermakna kita kena jadi pemalas! Inilah akibat kalau tak bersedia dari awal... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar~ (peperiksaan dah tamat pagi tadi). Doakan agar keputusan saya memberangsangkan ya! Terima kasih kerana sudi membaca... P/s: Post kali ini tak ada gambar, maaf semua~

Boyzone - Picture Of You

Image
Kalau boleh sesiapa tolong ajar macam mana nak masukkan sesebuah lagu untuk dijadikan lagu latar belakang

Hari Terakhir Di MASISUPA

Image
Guru pembimbing bermesyuarat sambil  bersarungkan baju panas          Pagi Ahad hari itu sungguh dingin. Kalau para pembaca tengok kat gambar (sebelah kanan), memang nampak dengan jelas sekali kabus memandangkan sekolah ni memang kat kawasan bukit pun. Nama pun Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam. Pagi ini tinggal acara debat bahasa arab, melayu dan inggeris dan sedikit acara sukan yang tertangguh memandangkan petang semalam hujan lebat.        Pertandingan debat bahasa inggeris bermula agak lewat sikit sebab seorang hakim dari SMABI lewat tiba di arena pendebatan. Usul pada hari ini merupakan 'Rangkaian sosial membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan'. Saya memnag bersyukur gila bila kami dapat jadi pembangkang~ Ketua pembangkang kami memang suka pangkah orang  Dah tak ada benda nak cakap ni... Mesti ada para pembaca tertanya-tanya apa maksud MASISUPA kan? MASISUPA tu membawa maksud Majlis sukan dan ilmiah sekolah agama negeri pahang. Buat masa ni, kita laya

Hari Kedua dan Ketiga MASISUPA~

Image
Ustad Lafzul jadi hakim makhraj bagi pertandingan tilawah           Masa ini belum solat Jumaat lagi. Waktu ini baru nak mula tangkap gambar sebab baru dapat kad memori kamera. Kita tak dapat nak tangkap gambar pertandingan debat ala parlimen bahasa inggeris (yang saya wakil) pusingan pertama lawan dengan SMATAF. Masa tu kita orang ingat dah nak kalah, tapi alhamdulillah, menang juga di bawah usul artis sebagai tauladan yang buruk dan kami jadi pembangkang (kami sokong artis!?) Para Hakim mendengar dengan penuh tekun syarahan  yang disampaikan oleh Faieez       Lepas tu, saya terus bergegas ke dewan B untuk menyaksikan syrahan bahasa inggeris yang akan dipersembahkan olah saudara Faieez tingkatan 4. Untuk pengetahuan para pembaca, saudara Faieez dapat tempat pertama bagi pertandingan kategori lelaki menengah! dia tampak sungguh bergaya menyampaikan syarahannya dalam bahasa antarabangsa~ Ustad Amin merupakan Hakim pertandingan hafazan Berbekalkan kamera DSLR, saya nai

Periksa??? Gotong-royong??? MASISUPA!!!

Image
 Pada Khamis lepas, suatu majlis besar-besaran diadakan di SMABI yang dinamakan MASISUPA. Majlis ini diadakan selama 4 hari dan para peserta dari sekolah di zon 1 bermalam di sekolah ini. Walaubagaimanapun, gambar-gambar ini mula ditangkap pada hari kedua majlis ini berlangsung atas sebab-sebab yang dirahsiakan. Sekolah Agama Bukit Ibam (tuan rumah) Sekolah ini luas gila... Maahad menghantar ramai peserta dan persediaan untuk pertandingan ini amat singkat. Tidak semua acara Maahad sertai dan kalau Maahad memenangi mana-mana acara, Maahad tidak dibenarkan mewakili Pahang ke peringkat yang lebih tinggi. Cantik tak sekolah ini? Boleh pula ada jalan raya dalam sekolah ini Surau Al-Muttaqin  Ada lima jenis kategori yang boleh disertai iaitu lelaki rendah (tingkatan 1-2) lelaki menengah (tingkatan1-5) perempuan rendah (tingkatan 1-2) perempuan menengah (tingkatan 1-5) dan terbuka menengah (lelaki dan perempuan tingkatan 1-5) Jenama kamera yang digunakan (bukan promosi ya)