Posts

Showing posts from October, 2013

Jamuan Raya Batch 1014 tahun 2013 part 1

Image
Cenderahati buat pengunjung     Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca semua! Kali ini saya kembali mengisahkan suatu event  yang agak gempak. Perancangan bagi jamuan raya ini sudah diadakan dua minggu sebelum jamuan ini berlangsung. Terdapat juga banyak perkara yang mengecewakan hati saya dalam pengurusan kali ini kerana saya yang ditugaskan menjadi bendahari bertanggungjawab sepenuhnya dalam bidang pengurusan belanjawan kewangan. Namun, usahlah hal remeh tersebut dikongsi dalam coretan saya kali ini kerana apa yang saya akan ceritakan kali ini adalah apa yang berlaku sepanjang jamuan tersebut yang meriah~     Hari yang ditetapkan ialah hari Rabu. Waktu yang agak strategik kerana pada sebelah petangnya para pelajar tingkatan empat tidak ada sebarang sesi PNP. Pada mulanya timbul desas desus dalam kalangan kami apabila khabar angin menyatakan pelajar tingkatan satu turut mempunyai hasrat yang sama ingin mengadakan jamuan raya pada waktu yang sama. Menggunakan kua