Posts

Showing posts from February, 2012

Minggu Depan Periksa!

Sepatutnya hari ini nak cerita pasal gotong-royong kat Pahang School Equestrian School (PSEC). Tapi, Ust Shafarul, guru penasihat kelab ekuestrian pegang kad kamera yang ada gambar kat dalam... kita ni kalau tak ada gambar malas nak cerita-cerita! Minggu depan sudah bermulanya peperiksaan suku tahun namun untuk tingkatan 1-4 sahaja... Doakan kita dapat jawab dengan tenang ya! kalau dah dapat balik gambar dari ustad Shafarul, kita sembang-sembang pasal gotong-royong ya! Assalamualaikum~

Aktiviti Pertama Kelab Fotografi Maahad!

Image
Indahku Studio (Azhan posing ) Kali ini saya akan pergi melawat studio Abg Rejim di Indera Mahkota. Namanya Indahku Studio. Ianya terletak di tingkat atas. Dalamny agak simple tapi Hasil gambar dia memang hebat. Ada banyak peralatan kat dalam ni, tapi hanya ni sahaja lighting aksesori yang saya sempat tangkap gambar untuk ditunjuk... Octabox Beauty Dish Softbox

Silap Naik Bas Daa... (Part 2)

Di dalam bas, aku duduk di belakang sekali, aku baca komik yang baru aku beli tadi. Perjalanan ke Klang memang lama tapi menenangkan. Setibanya di Lanchang (kalau tak silap la...), tiba-tiba sekumpulan pelajar kolej menyerbu masuk ke bas. Mereka mengisi tempat-tempat kosong di belakang (sebelah aku la...). Dengan tak semenanya, salah seorang dari mereka menyapa aku, 'Nama adik siapa? Adik sekolah kat mana?' Aku pun segera memperkenalkan diriku pada abang tu. Peramah juga dia ni. Selepas dia dapat mengetahui aku seorang pelajar tahfiz, dia pun memperkenalkan aku pada kawan-kawan dia yang lain. Rupa-rupanya abang-abang ni pun bekas pelajar tahfiz di Sekolah Sains Tahfiz Kelantan! Apa lagi, dia pun nak tebuk aku la! Banyak kali aku tolak sebab aku ni bukan masyi pun, nanti buat malu je.. Setiap kali tukar topik, dia tanya nak tebuk balik. Tak boleh jadi ni. Nasib baik ada seorang kawan dia nak tukar tempat duduk kat depan, tengah-tengah sekali. Selepas siap tukar, aku pun kembali

Silap Naik Bas Daa... (Part 1)

Pada petang yg kelam-kabut, aku tiba di Terminal Makmur tepat jam 3 ptg. Aku belek-belek tiketku dan kudapati bas ke Klang bertolak pukul 430 ptg. Hah! ada 1 jam setengah shj lg. Setelah aku simpan beg, Aku melangkah perlahan-lahan ke ECM. Target aku waktu tu hanyalah majalah kamera. Aku masuk melalui pintu belakang. Sambil membaca Kreko (dengan menunduk), aku langkah perlahan-lahan maju kehadapan. Tiba-tiba aku rasa pelik, asal tak ada orang langsung dekat sini? Bila aku pandang depan, rupa-rupanya aku sedang menuku ke butik pakaian dalaman wanita. Nasib baik tak ada orang nampak (harap-haraplah), aku pun terus berlalu dari situ dengan muka yang penuh dengan kehangatan malu-malu. Puas mencari tak ada pun majalah kamera yg aku cari bagi edisi bulan ini. Dah pukul 330 ptg... aku pun pulang ke Terminal Makmur. Perjalanan 5 jam ke Klang pasti melaparkan, jadi aku dah beli beberapa makanan dan sebelum bertolak, aku melawat tandas dia dulu. Perkhidmatan 30 sen cukup memuaskan, tandasnya ber

Turn Over A New Leaf

Haha~ Tajuk dia memang bahasa Inggeris, tapi sayangnya aku tak ingat peribahasa Melayu dia. Mulakan nafas baharu! Yang dimaksudkan kat sini adalah nak tukar tabiat yang seringkali meninggalkan blog ini... Doakan aku berjaya! Idea dah banyak terawang-awang tapi asyik sibuk dengan hal lain. Kat sini mungkin sekali banyak citer tentang diriku sendiri. Ya! Sebuah journal siber~ XD