Posts

Showing posts from September, 2013

Majlis Kesyukuran dan Pertunangan Adik Ipar Sir Azlan~

Image
    Peristiwa ini berlaku pada hari yang sama selepas Pesta Perarakan Kemerdekaan. Selepas saya semak jadual bas RapidKuan*an, saya dapati bas no. 101 melalui Taman Tas dan setiap 30 minit bas tersebut akan singgah di perhentian berdekatan Masjid Negeri. Tengah-tengah saya borak dengan Amani, saya toleh belakang dan dapati bas tu dah tiba untuk ambil penumpang seterusnya, berbekalkan beg berisi kamera dan pakaian dan buku 'Give and Take antara Hamba dan Pencipta', saya terus biarkan perbualan kami tergantung pada awan persoalan~ Dalam bas tu saya risau sungguh bila saya nak sampai ni, eh tu bukan dah lepas ke dan macam-macamlah. Maklumlah first time  naik RapidKuan*an ke Taman Tas. Tuan rumah melayan tetamu     Nak cerita dari awal ke? By the time I'm posting this post, it's already past 3 a.m.  Tak mengapa! Selepas turunnya saya di bawah jejantas, saya pun mula-lah start  layan buku balik sementara menunggu Sir dan datang jemput ambil. Lamanya bukan main r

Jamuan Raya Batch 1014 tahun 2013 part 2

Image
Yah... let's continue with the jamuan raya batch 1014~ Fokus entry kali ini adalah untuk menunjukkan video raya dan memenghibur burkan tetamr-gambar yang telah saya ambil. Lagipun, kebanyakan cerita atau keseluruhan event pada hari itu telah dinukilkan dalam entry sebelum ini. Hari itu sangat meriah tambah pula dengan suasana gamat dengan pensyarah yang ceria dan riuh. Saya dah cerita belum makanan apa yang saya makan petang itu? Saya harap sudah kerana nasi mandi itu enak sangat. Nasib baik saya sempat simpan dulu namun terpaksa korbankan nasi ayam sumbangan keluarga Ikmal. Dibawah ini merupakan banner yang dihasilkan oleh Abang saudara Cik Rahimah (terima kasih) dan gambarnya pula diambil oleh jurugambar yang sama tangkap gambar untuk entry blog ini... Terima kasih, terima kasih~ (perasan) Gambar ini ada kisah tersendiri tahu tapi saya tidak kongsikan bersama pembaca sekalian untuk menjaga nama pihak-pihak tertentu. Apa yang saya boleh nasihatkan di sini; usahlah kita memplagiat

Perarakan Kemerdekaan peringkat negeri Pahang tahun 2013

Image
Ikhwan, Makita (kuda), Ashraf, dan Cikgu Shakir     Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali. Pertama sekali saya ingin memohon maaf terhadap pembaca yang kerap kali mengunjungi blog saya ini namun mendapat tiada post  terbaru di laman yang tak seberapa aktif ini. Entah kenapa saya perlu memohon maaf juga walaupun saya yakin blog ini mana ada pengunjung pun sebenarnya haha~ Baiklah, untuk sekian lamanya saya kembali kerana sudah ada semangat kembali walaupun peperiksaan akhir tahun sudah hampir menjelang!  Kali ini biarlah saya diberi kesempatan untuk sedikit sebanyak berkongsi mengenai pengalaman saya menyertai perarakan Pesta Kemerdekaan. Empat hari sebelum tarikh yang dijanjikan; Seramai 10 orang pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang dipilih oleh Ustaz Amin atas saranan Cikgu Shakir. Pelajar tersebut ialah saya, Azhan, Adam, Hafiz, Ashraf, Shazly, Ikhwan, Hakimi, Danial, dan Izzudin. Selama tiga hari kami buat rehearsel dan hari ketiga tu (Khamis) Menteri Besar Pahang turu