Posts

Showing posts from April, 2012

Hari Pertama Bertolak ke UTM

Image
Salam sejahtera pembaca semua~ Kini saya akan cerita mengenai pertandingan kuda yang berlangsung pada kira-kira bulan lepas. Hanya 8 orang yang dihantar oleh pihak Mahaad untuk pertandingan yang diadakan di Johor ini. Pada petang itu semua orang bergegas bersiap sebab orang yang boleh pergi diumumkan lewat atas masalah teknikal Saya menangkap gambar pakai kamera Mahaad  Haa... dekat sini saya untung sebab dah packing  awal-awal sebulan sebelum tu. Selepas sesi persekolahan, saya tukar baju (tak sempat mandi) dan terus hantar semua beg ke bas dihadapan lobi sekolah. Kita akan menaiki van Maahad yang hanya membawa pelajar yang ada event  hungga ke peringkat luar negeri. Baris penunggang yang macho Driver Maahad, Abang Jaswan atau lebih selesa dengan gerangan Abang Shark akan memandu kita ke Skudai. Penunggang yang sertai pertandingan ini ialah Ashraf Jasni, Adam Faliq, Aminuddin Rosnizan, Abdul Mukmin, Azhan Aminy, Imran Mat Shah dan saya.   Rider yang keseorangan

Kehadiran anak kucing baru~!

Image
 Apa pandang-pandang? Malam itu, aku dikejutkan dengan satu berita.  Budak-budak asrama yang syok dengan kucing cakap ada anak kucing baru. Emak kucing tu jenis yang takut dengan manusia. Anak-anak dia semua putih macam salji, bulu dia kembang -kembang pula tu! Gambar ini diambil pada malam keesokannya. Disebabkan personaliti dia yang takut dengan manusia, agak sukar untuk mengambil syot yang cantik~ Posing tak selesalah dalam ni Anak-anak kucing ini masih hidup hingga sekarang, nasib baik emak dia pandai jaga. Tak macam Juliet

Harijadi Nadzmi dan gelombang botak di maahad~

Image
Isnin, 26 Mac 2012 Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali! Oleh sebab saya tak dapat nak buka blog hari-hari, saya akan menggunakan alternatif seperti menyatakan tarikh peristiwa post  bagi memudahkan pembaca. Harap ada maklum balas dari pembaca untuk sama-sama saya memperbaik laman blog saya ini... Jadi, selamat membaca! Pagi ini perhimpunan tak dapat nak dijalankan seperti biasa atas sebab-sebab tertentu... Tapi sebelum itu, marilah kita sama-sama ucapkan: Selamat Hari Jadi ke-13!!! untuk adik saya yang tersayang, semoga angah dipermudahkan dalam segala urusannya, amin~ Makin membesar adik saya ni...  Balik kepada cerita asal, pagi itu, ustad Syukri membuat spot check .  Ada pelbagai aspek yang perlu ada pada pelajar antaranya: Rambut yang pendek dan kemas Tali kad matrik ada Kad matrik itu sendiri ada Tali pinggang hitam Stoking hitam Seluar slack  hitam Yang lain boleh tahan lagi... tapi, kita orang terkejut yang petang tu, mereka yang kena tahan, akan dipotong r