Posts

Showing posts from May, 2012

Have you got what it takes?

Image
 Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali! Kali ini kisah saya pergi ke pertandingan "Spell It Right"  anjuran surat khabar New Straits Times dengan kerjasama RHB Bank. Antara pelajar yang terpilih ialah Madihah, Faiz, Syahira, saya, Hafiz, Aida, Adlan, Haziq, Batrisya, dan Asma' dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang. Selamat datang para pembaca! Kami datang ke sini seawal jam 8 pagi ke Kuantan Parade.  Masa tiba tu, memang ramai budak-budak yang nampak smart . Memang rasa cuak tu ada tapi kita orang pun berlagak smart  sekali nak bagi hilang rasa nervous.   Ini lah tempat duduk juri Selang beberapa minit, kami masuk ke dalam konpleks melalui pintu masuk lain. Dalam itu orang pun tak ada sebab biasanya kompleks buka pukul 10 pagi. Pendingin hawa pun belum pasang menyebabkan saya rasa agak panas. Pentas dia memang simple Paling mengejutkan, negeri Pahang menghantar lebih 200 orang peserta dan menjadikan negeri Pahang merupakan negeri yang mempuny

Hari terakhir di UTM...

Image
 Pagi itu sejuk dia lain daripada biasa. Dengan paginya yang berkabus macam boleh sesat kat dalam berikutan hujan yang sangat lebat semalam. Matahari pun boleh tengok direct  dengan mata tanpa pakai cermin mata hitam. Matahari yang diselindungi dengan kabus memang nampak cantik tapi tak dapat ditangkap gambarnya dengan kemahiran saya sekarang.  Pukul 7 pagi  Mula-mula... Makan! Sarapan pagi penting untuk membekalkan tenaga sepanjang hari! Lagi awal awak ambil sarapan, lagi bagus! Waktu ini lah awak patut makan banyak-banyak~ Kita orang keluar makan kat tempat biasa. Tempat ini ada wi-fi yang saya rasa paling berbaloi diantara semua tempat yang menyediakan wi-fi yang saya pernah pergi. Restoran yang selalu kita datang Mukmin dengan kuda Kaya  Mukmin ini suka sangat bergambar dengan Kaya. Hari terakhir ini kita kemas-kemas kan stable , bungkus kelengkapan kuda, dan tolong mereka yang masih ada acara untuk pagi itu. Inilah Fodder   Dekat karnival tu, ada sejenis

Hari Sabtu yang panjang~

Image
 Lama betul nak habiskan cerita dekat Johor ni, kan? Apa-apapun, assalamualaikum dan selamat sejahtera bagi pembaca bukan Islam. Agama ini sentiasa mengalu-alukan kalian~ (Sabit). Oh, kali ini saya nak siarkan keputusan bagi acara  dressage  yang saya sertai. Haha... saya tak menang apa-apapun. Baru nak berjinak dengan sukan ini. Tapi, apa yang saya nak cakap; saya boleh berbangga dengan prestasi saya dekat prepatory 2  sebab berjaya mengalahkan saingan saya seseorang itu, hihi... Prepatory 2 Section 1 Prepatory 1 Section 1  Macam mana? Cantik tak gambar yang saya tangkap ini? Dia punya timing  masa kuda tu lompat memang tepat membuatkan kuda tu beku di tengah udara dengan tegap sekali. Waktu pertandingan ini masih tengah hari. Kenapa penting waktu tengah hari? Ha... hari ini ada peristiwa gempak punya untuk diceritakan. Lompat si kuda lompat~ Hari dah mula mendung  Di sini lah cerita saya bermula... Minggu masa kita orang pergi Johor ini kan ada g

Hari Khamis dan Jumaat ini agak relaks sikit

Image
Masih cerita di Johor... Post kali ini kita akan bercerita mengenai tentang dua hari sekaligus memandangkan  tak ada banyak benda buat sepanjang hari itu pun  sebab tak ada acara. Jauh cikgu memandang... Karnival pun turut diadakan di sini  Oh ya, hari ini Faliq ada acara Show Jumping  kalau tak silap saya. Err... kategori apa dah saya lupa~ Tapi, lawan dengan orang-orang dewasa belaka tau. Haa~ itulah pakcik saya, memang star  di luar sana (atas kuda). Comel tak kuda padi ni? Bawah ni antara gambar yang diambil yang satu acara dengan Faliq! Yah!!! Lompat lagi~ Relax  kuda~! Haa~ Teka siapa?  Giliran Faliq pun habis... Sayang sekali dia tak pakai cermin mata. Habis dia terbuat pusingan yang agak besar. Apa-apa pun, dia kat situ, nombor tiga~! Dia ni dari dulu memang tak suka pakai cermin mata. Cakap cermin mata boleh menambahkan power daripada mengurangkannya. Itu entah betul atau tidak tapi saya yakin yang para pembaca mesti setuju kalau di