Tak pandai baca hint!?

Menjadi kebiasaan hari minggu, aku akan mengajar anak seorang kawanku mengaji Iqra. Pada minggu itu, hari jadi aku baru lepas dan teman serumah aku bertanya sama ada kawanku tersebut akan menghantar anaknya ke mari atau tidak untuk mengaji. Aku memberitahunya pada minggu tersebut aku agak sibuk untuk menyiapkan tugasan kolej. Dia balas dengan memujiku kerana telah memaklumkan dengan lebih awal untuk membatalkannya. Aku kehairanan. Bagiku, kata-katanya tidak boleh diambil serius. Ada saja peluang untuk menafikan kalimahnya membuatkan aku sukar memahaminya.

Dua hari kemudian, teman serumahku berkata padaku yang aku tidak pandai baca hint bahawa kawanku tersebut ingin menyambut hari jadiku pada tempoh hari. Aku menjadi lebih bingung, perasaanku bercampur-baur dihargai serta kecewa. Tambahan pula, aku rasa seperti diperbodohkan apabila dianggap sebagai orang lurus bendul. Aku gembira kerana dihargai, tapi tak payahlah salahkan aku. 

Jadi akan datang, sesiapa yang ingin berurusan denganku sila cakap dengan terus terang. Walaupun aku jenis yang kuat perasan, tapi kadang-kadang prasangka baik aku agak tidak munasabah. Perkaitannya? Jangan susahkan otak aku yang sudah cukup terlebih berfikir. Aku cuma terasa saja kerana terlepas peluang untuk menyambut hari jadi aku di persekitaran yang baharu. Tapi, aku tak nafikan aku sangat gembira mendengar ucapan selamat terutamanya daripada kenalan baharuku di sini. Perasaan kecewa itu akan tetap ada. Tapi itulah manusia, mereka akan memilih dengan apa yang mereka tidak dapat dan seringkali terlepas pandang apa yang telah mereka miliki. 

Tidak, mungkin itu aku saja. Wallahua'lam~

Comments

Popular posts from this blog

Grimgar, Abu serta Khayalan

Hari Kedua dan Ketiga MASISUPA~