Penggal baru, azam yang lama

Menulis memerlukan komitmen yang tinggi. Bukan itu sahaja, perlu ada pemikiran yang terbuka dan niat yang telus. Peribahasa Arab ada menyatakan bahawa lidah lebih tajam daripada mata pedang, jadi tulisan mungkin berupaya memiliki kesan yang sama jika disalurkan dengan cara yang betul. 

Dengan beranggapan bahawa tiada siapa akan membaca ini, aku ingin jadikan blog ini sebagai tempat untuk lontarkan pendapat dan emosi aku. Aku akan cuba menggunakan bahasa yang betul dan elakkan penggunaan sinkop supaya selesa dibaca. 

Kandungan blog ini mungkin lebih kepada jurnal, supaya para pembaca lebih cenderung untuk menghakimi diri aku ini. Mereka yang mengenaliku barangkali tertanya-tanya mana satukah diri aku yang sebenar. Tapi manusia memang suka menghakimi dan mengecap "diri yang sebenar" seseorang itu mengikut kesesuaian mereka. 

Mencari seseorang yang mampu menerima kita dengan seadanya memang sukar. Begitu juga memenuhi kepuasan semua orang. Kebenaran bagi seseorang mungkin berlainan bagi orang yang lain. Aku mungkin menulis dengan rawak seakan-akan tiada kohesi antara satu perenggan dengan perenggan yang lain, tapi aku suka buatkan pembacaku terfikir. 

Fikir sedalamnya apa motif aku hari ini, apa lauk makanan malam ini, sebagaimana aku fikir apa yang aku boleh sampaikan kepada kalian dalam tinta kali ini.

Wallahua'lam~

Comments

Popular posts from this blog

Grimgar, Abu serta Khayalan

Hari Kedua dan Ketiga MASISUPA~