Azam tahun baru

Pada saat post ini diterbitkan, aku yakin sudah masuk bulan Februari. Tapi, aku ingin sebutkan pasal ini. Aku harap apabila aku baca kembali pada waktu ini, aku boleh ingatkan diri in kembali adakah azam tahun baruku masih terlaksana? Persoalannya adalah, adakah ia masih terlaksana, bukan adakah ia telah tercapai...

Aku sedar, bahawa suatu azam tidak sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. Tapi ia perlu dianggap sebagai proses. Hal ini kerana suatu matlamat apabila ia tercapai, manusia akan menjadi statik dan susah untuk berkembang. Namun, ia sukar berlaku pada proses kerana proses itu sendiri adalah keadaan yang berterusan dan tidak ada penghujung. Apabila manusia sudah tiba di penghujung, mereka lebih mudah rasa selesa.

Walaupun begitu, setakat ini saja aku sanggup kongsikan dapatan aku dalam sebuah khutbah Jumaat. Aku sedar aku sendiri pun tidak suka letak diri ini dalam keadaan stress. Aku rasa stres dan matlamat saling berkaitan. Dengan memilih untuk menjadikan azam sebagai proses, aku sewajarnya rela letakkan diri aku dalam keadaan stres supaya aku tidak mudah berasa selesa dengan apa yang dimiliki. 

Tapi, aku akui perkara tersebut sukar dilakukan. Azam aku tahun ini pun hanya tidak tertidur dalam kelas. Bukannya suatu yang boleh dibanggakan. Tujuan utama tidak tidur dalam kelas adalah supaya dapat fokus dalam pembelajaran. Jadi, ia adalah suatu proses, bukannya matlamat kerana kalau aku bermatlamat untuk tidak tidur dalam kelas, boleh saja tercapai dengan main telefon dalam kelas. Tapi apa gunanya, kan?

Akhir kalam, aku hendak mengingati diri ini  mengenai wasatiyyah yang sangat inginku amalkan;

Life is about balance. Be kind, but don't let people abuse you.
Trust, but don't be deceived. Be content, but never stop improving yourself.

Comments

Popular posts from this blog

Grimgar, Abu serta Khayalan

Hari Kedua dan Ketiga MASISUPA~